5
Komen

bab 12 :)



            “Ary, kau okay tak ni?” soal Alia. Pelik dia melihat gelagat Aryana sejak pulang lepas maghrib tadi.
            “Okay.” Jawabnya sepatah.
            Alia melangkah ke katil Aryana. Dia duduk berhadapan Aryana yang sedang bersandar di kepala katil.
            “Ary, kau kenapa? Faizul dah buat apa sampai kau diam je ni. Cuba bagitahu aku.” Aryana diam.
            “Ary, aku mintak maaf kalau kau rasa aku memaksa kau tapi aku sebagai kawan kau, aku risau tengok kau macam ni. Kalau ada apa-apa, kau boleh ceritakan kat aku bila-bila masa je yang kau nak.” Alia menepuk-nepuk perlahan kaki Aryana.
            “Liaaaaa.” Serta merta dia terus memeluk Alia. Teresak-esak dia menangis dibahu Alia. Habis basah baju Alia dengan air mata Aryana.
            Alia membiarkan sahaja tangisan Aryana. Hampir 15minit Aryana menangis. Hingga kering airmatanya. Alia mencapai kotak tisu di atas meja dan menghulurkannya kepada Ary.
            “Thanks Lia.” Aryana mengesat airmatanya. Sudah lama dia tidak menangis seteruk itu. Nasib baik Alia ada untuk meminjamkan bahunya. Kalau tidak, entah macam manalah dia tadi.
            “My pleasure. So sekarang, tak nak cerita apa yang jadi?” soal Alia berhati-hati.
            Aryana menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk bercerita.
            “Kau tahukan, hubungan aku dengan Faizul tu macam mana. Hari tu, aku dah bagitahu kat dia yang aku tak nak teruskan hubungan kitorang. Aku tak tahan sebab dia asyik berkasar dengan aku. Kalau kau nak tahu, dia pernah tampar aku dua kali. Turutkan perasaan sayang, aku cuba bertahan. Aku kuatkan diri aku. Aku tak menangis. Tapi bila aku dah nekad nak pergi dari hidup dia, dia taknak lepaskan aku. Dia tuduh aku curang sebab dia pernah nampak aku dengan Izwan masa kita keluar berempat malam tu. Aku betul sayang dia tapi dia tak pernah nak percaya. Tadi masa aku jumpa dia, aku hilang sabar betul bila dia cakap aku tak pernah puas dengan sorang jantan. Terus aku panggil dia gila talak. Masa tu, aku dalam kereta dia. Kitorang kat tepi pantai. Dia marah sangat-sangat hinggakan dia..” Aryana berjeda seketika.
            Alia mengangkat keningnya sebagai tanda supaya Aryana meneruskan ceritanya.
            “Dia cuba rogol aku.” Alia menutup mulut kerana terkejut. “Tapi disebabkan kitorang ada dalam kereta, pergerakan dia agak terbatas. Aku sempat tumbuk muka dia dan masa tu lah aku blah dari situ. Aku tak sangka dia punya tahap gila seteruk tu. Tapi aku tak sanggup pulak nak laporkan dekat polis pasal ni.” Aryana menamatkan ceritanya.
            “Habis, kau okay lah ni?” soal Alia lagi.
            “Aku okay. Aku kan brutal. Tak mainlah nak menangis tujuh hari tujuh malam sebab lelaki tak guna macam tu. And the most important part is, thanks to Izwan sebab nasihat dialah, aku dapat keyakinan untuk buat keputusan macam ni.” Aryana tersengih.
            “Kau suka Izwan eh?”
            “Suka lah jugak. Dia baik tapi buat masa ni aku anggap dia sebagai kawan aku lah. Aku nak lupakan Faizul dulu buat masa ni.” Jawabnya.
            “Takpelah. Mana-manalah asalkan kau bahagia. Aku sebagai kawan kau hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kau. Dah, jom tidur.”
            “Jom!” jerit Aryana kuat.
****** 
            Keesokan petang Alia meminta Aryana menemaninya keluar bersama Haikal. Serik dibuatnya untuk keluar berdua dengan Haikal. Haikal mengajak mereka berdua pergi minum petang di Secret Recipe. Baru sahaja melabuhkan punggung, tiba-tiba Izwan muncul. Sememangnya Haikal yang memberitahu tentang keberadaan mereka di situ.
            Alia memilih kek white chocolate macadamia manakala Haikal memilih black forest cheese cake untuk dijamu. Aryana pula lebih berminat untuk mengikut Izwan pusing-pusing di sekitar mall itu. Tinggallah mereka berdua disitu.
            Kesempatan itu diambil Haikal untuk meluahkan perasaannya terhadap Alia.
            “Lia, sudi tak Lia jadi girlfriend Carl? Carl betul sayangkan Lia. Kalau Lia sudi, Carl harap kita serius.” Entah apa ayat yang dituturkannya Haikal sendiri tak sedar. Yang dia tahu, dia ingin suarakan hasrat hatinya kepada Alia.
            Alia terdiam tanpa kata. Dia tidak sangka Haikal akan meluahkan perasaannya seperti itu. Memang hatinya sudah terpaut tetapi..
            “Emm. Lia takde jawapan untuk itu Carl. Maaf.”
            “Lia, itu bukan jawapan yang saya nak dengar.” Tegas Haikal.
            “Yang awak macam memaksa ni kenapa? Saya dah cakap saya takde jawapan untuk soalan awak tu.” Ujar Alia.
            “Saya bukan paksa awak Lia. Tapi hati saya akan terima antara dua sahaja jawapan dari awak. Sama ada awak terima saya atau tak. Itu aje.” Haikal mengeluh.
            “Kalau macam tu, jawapan saya tidak! Saya tak boleh terima awak.” Alia menunduk.
            “Tapi kenapa Alia? Dari reaksi awak sepanjang kita berkawan, saya boleh rasa chemistry antara kita. Saya yang tersilap atau awak yang menipu?” soal Haikal berhati-hati.
            “Carl, awak kena faham. Saya datang sini untuk cari ilmu, bukan cinta. Apa yang jadi antara kita ni tak sepatutnya terjadi. You know what I meant, right?” Alia mencapai beg untuk berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Haikal.
            Haikal meletakkan dua keping not merah dan tergesa-gesa keluar untuk mengejar Alia. Dia terus berlari ke arah Alia sebaik sahaja melihat kelibat Alia.
            “Alia!!” dia merentap tangan Alia untuk mengelakkan Alia terus melarikan diri daripadanya. Tersentap Alia apabila tangannya ditarik ke belakang.
            “Jangan buat saya macam ni Lia. Saya sayangkan awak.”
            “Lepaslah. Awak tak faham ke bila saya cakap saya tak nak?” Alia cuba sedaya upaya untuk merungkaikan pegangan Haikal.
            “Lia, saya tahu awak tak pernah terbayang perkara macam ni akan jadi dekat awak. Tapi tak salahkan kalau bercinta ketika belajar? Saya janji saya takkan ganggu pelajaran awak.”
            Alia memandang Haikal dengan perasaan sayu. Dia takut untuk bercinta sebenarnya. “Nantilah saya fikirkan dulu.”
            Haikal tersenyum. “Come, let me take you home.” Alia mengangguk dan berjalan seiring dengan Haikal.
***** 
            “Ary, kau rasa takpe ke kalau bercinta sambil belajar? Kau macam mana dulu? Ada effect dekat study tak?” soal Alia suatu malam.
            “Dah kenapa tanya macam tu tiba-tiba? Haikal ajak kau couple ke?” tebak Aryana.
            “Eh. Mana kau tahu?” Alia terkejut.
            “Eh. Betul ke? Aku teka je. Ermmmm. Bagi aku, takpe kalau nak bercinta sambil belajar. Tapi, kenalah pandai balance kan antara cita-cita dan cinta. Niat utama nak study, so apa-apa pun, kau letak kan study sebagai keutamaan kau. Dan perkara keduanya, kau kenalah pandai jaga perasaan kau. Jangan terlalu sayangkan seseorang sebab kalau dah terluka nanti, parah akibatnya.” ujar Aryana panjang lebar.
            “Ohhh.” Alia menganggukkan kepala.




#p/s: sorry lambat update.
So how, patut ke tak alia terima haikal?
           
            



5 comments:

DNAzzizat said...

Ok.. Dah tak sabar dah nie.. Haha. Tapi, saya tak dapat beri jawapan dia terima ke tak sbb kaitan watak Dato' dgn Alia masih sgt2 misteri. Sambung cepat2 eh Cik penulis!

NiA DaRnEs(Nur Ain Syahira) said...

umm...carl btul2 ke ske alia??dia nk mainkn prsaan alia je opp...ummm truskan menaip naj..good jobb :)

AyumiSyafiqah said...

Terima je alia.. haja

Anonymous said...

jangan terima lagiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

love to follow the story.... cepat sambung.pat pat !