0
Komen

bab 4 :)

   Alia duduk di ruang rehat dalam perpustakaan. Mindanya memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia sedar kesalahan dia sebenarnya tapi entah mengapa keegoan dia memuncak apabila berdepan dengan mamat poyo bernama Haikal tu. Tiba-tiba telefon miliknya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia cepat-cepat menjawab apabila melihat nama ‘ibu’ tertera di skrin.
           “Assalamualaikum ibu. Apa khabar?” terus Alia menyapa ibu kesayangannya.
            “Waalaikumussalam. Ibu sihat,alhamdulillah. Kamu pulak apa khabar? Dah lama Lia tak telefon ibu. Bimbang ibu dibuatnya.”
            “Lia sihat jugak bu. Cuma sekarang Lia busy. Assignment berlambak-lambak. Tambahan pulak sekarang dah dekat dengan exam.” Alia memberitahu ibunya.
            “Oh. Macam tu. Em, baguslah kalau Lia belajar bersungguh-sungguh. Tak rugi Lia dihantar belajar ke sana. Oh ye. Sebelum ibu lupa, ibu nak bagitahu kat Lia. Tuan Syed baru je call ibu tadi. Dia tanya pasal tawaran dia tu. Apa kata Lia? Lia nak terima ke tak?”
            Alia mengeluh. Asyik-asyik soal tu. Macam takde hal lain untuk ditanyakan. “Ibu, Lia dah banyak kali cakap, kan? Lia taknak. Lia dah cukup selesa macam ni.” Suaranya sedikit tegas.
            “Yelah, itu ibu tahu. Ibu dah cakap kat dia yang Lia tak nak tapi Tuan Syed tu tetap berkeras jugak. Dia cakap yang tawaran dia tu akan sentiasa terbuka. Kalau Lia berubah fikiran dan nak terima tawaran dia, bila-bila masa je Lia boleh call Tuan Syed tu sendiri. Apa pun, Lia janganlah runsingkan kepala dengan hal ni. Ibu cuma sampaikan pesanan dari orang. Walau apa sahaja keputusan Lia, ibu dan abah sentiasa sokong Alia dari belakang.” Ucap Puan Zalina panjang lebar.
             “Baiklah ibu, Lia faham. Kalau macam tu takpelah ibu. Lia ada discussion ni. Nanti bila Lia ada masa, Lia call ibu ye.” Ujar Alia sebaik sahaja ternampak kelibat Aryana mendekatinya.
            “Yelah. Jaga diri kamu elok-elok Lia.”
            “Ye ibu. Lia tahu. Ibu pun sama. Jaga diri elok-elok. Kirim salam kat abah ye bu. Assalamulaikum.” Ujar Alia seraya memutuskan panggilan.
            “Hey babe. Kau cakap dengan siapa? Asal muka kau tak normal ni?” tegur Aryana sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Alia.
            “Muka tak normal? Aku rasa biasa je la. Tadi tu mak aku call tanya khabar.” Aryana terangguk-angguk mendengar penjelasan Alia.
“Eh marilah start discussion ni. Nanti tak sempat siap pulak. Lagipun Danny dah sampai tu.” Ujar Alia untuk mengalih topik perbualan mereka.

******

“Memandangkan kuliah hari ni dah cancel, apa kata kau teman aku pergi beli barang?” usul Alia.
Aryana memandang Alia dengan mimik malas. “Aku baru je ingat nak buat tahi mata plus peta kat bilik. Aku penat sangatlah. Kita pergi esok boleh?”
“Kau ni, macam takde kerja lainlah. Pantang ada masa terluang sikit, mesti nak membuta. Nanti takde orang nak anak dara macam kau baru tahu. Pemalas!”
“Lia, kau nak sound aku pun agak-agak la. Janganlah sampai doakan supaya takde laki nak kat aku ni. Bertimbang rasa lah sikit wahai cik Alia Natasya oi.” Aryana menarik rambut Alia yang elok terikat macam ekor kuda. 
“Ha, dah tu marilah teman aku. Nanti aku belanja kau. Jomlah.” Alia memujuk lagi. Dia menarik tangan Aryana.
“Yelah, aku teman kau. Tapi kau kena teman aku tengok wayang. Aku teringin nak tengok filem 3,2,1 Cinta. Tyra cakap cerita tu best.” 
“Ala. Aku malas la nak tengok wayang. Aku cadang nak pergi Carrefour je tadi. Kita pergi tengok wayang weekend ni la.” Alia memberi cadangan. Memang dia rasa malas sangat nak tengok wayang. Takde mood rasanya. 
“Weekend ni? Em, bolehlah. Dah tu, nak pergi beli barang dengan apa ni? Sekarang ke?” Aryana bertanya sambil matanya melirik ke arah jam di tangan.
“Naik bas, macam biasa la. Lagi mahu tanya. Kita lunch dululah nanti. Aku belanja kau. Jomlah.”
“Amboi kau Lia. Nak ajak aku teman punya pasal sampai sanggup belanja aku segala bagai. Kalau macam ni la gayanya, hari-hari aku ikut kau pun takpe. Hehe.”
“Erh, maksud aku, belanja makan aiskrim mcD dalam kon tu je. Yang harganya satu ringgit lima sen tu.” ujar Alia.
“Cis. Kurang asam punya kawan.” Aryana menjengil matanya.
“Baguslah kalau kurang. Kalau terlebih nanti, mesti masam muka aku. Kalau dah masam, alamatnya dah tak cute macam sekaranglah.” Alia mengenyitkan matanya.
“Apa-apalah Alia. Berlawan dengan kau, takkan pernahnya aku menang.” Dia menjuihkan mulutnya.
Alia tergelak-gelak. Mereka terus berjalan. Sampai sahaja di depan pintu utama fakulti mereka, tiba-tiba ada sebuah kereta Mercedes berhenti di hadapan mereka. Mereka cuma memerhatikan saja kereta yang bercermin gelap itu. Kemudian, pemandu kereta itu keluar dan mendapatkan Alia. 
“Cik Alia, maaf ganggu. Tapi Tuan Syed nak jumpa” ujar pemandu yang dipanggil Pak Man itu. 
Alia buat muka malas. “Dia ada kat dalam ke?” soal Alia. Dilihatnya, Pak Mat mengangguk. Dia mengeluh. Kalau boleh dia tak nak berhadapan dengan dengan hamba Allah yang bernama Tuan Syed itu. Dia dah bosan didesak.
Alia pandang Aryana yang  berdiri di sebelahnya. Aryana mengerutkan dahinya melihat situasi itu. Setahunya Alia anak orang kebanyakan sahaja. Bukanlah anak orang kaya ataupun berketurunan bangsawan.
“Ary,kau tunggu kejap ye.” Aryana mengangguk. Alia terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang. 
Hampir 15 minit Alia berada di dalam kereta itu. Aryana bimbang akan keselamatan Alia. Baru sahaja dia ingin mendekati kereta itu, Alia membuka pintu. Sejurus itu, dia terus menarik tangan Aryana dan berlalu dari situ. Alia perasan akan mata yang memandangnya dengan pandangan serong. ‘ah,lantaklah. Mereka tak tahu apa-apa.’ bisik hatinya. 
“Lia, siapa tu?” soal Aryana.
“Adalah. Nanti aku cerita. Jomlah kita pergi makan. Aku lapar sangat dah ni.” Alia berahsia. Aryana hairan tapi dia tak nak memaksa Alia untuk bercerita.

******

“Jom makan dekat restoran tu nak?” usul Aryana sambil jarinya menunjuk ke arah restoran Ayam Penyek. 
“Okey.” Jawab Alia sepatah. 
“Kau ni kenapa? Monyok semacam je aku tengok? Ada problem ke?” soal Aryana selepas mereka memesan makanan. 
“Takde apalah. Tiba-tiba rasa macam takde mood pulak.” Alia mengeluh.
“Pasal orang tadi tu ke?” Aryana cuba korek rahsia dari Alia. 
“Em takde lah.” Dia menggeleng. Tak mungkin dia menceritakan masalahnya berkaitan Tuan Syed tu. Dia sendiri tak tahu macam mana hendak mulakannya. ‘Ah, biarlah. Satu hari nanti Ary akan tahu juga akhirnya.’ hatinya berkata.
Aryana diam. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan Tuan Syed itu. Apa hubungan mereka. Takkan Tuan Syed tu. Eh, tak mungkin Alia buat kerja macam tu. Takpe, aku tunggu sampai dia sendiri akan ceritakan masalah dia.

No comments: