3
Komen

bab 11 :)

             “Haikal, Haikallllll. Bangunlah makan. Saya dah buatkan bubur daging untuk awak.” Alia menggoyangkan kaki Haikal perlahan. Pesan ibunya, kalau mahu mengejutkan orang yang sedang tidur, gerakkan kaki perlahan sambil memanggil nama.
            “Hmmmmm.” Haikal menarik bantal peluk supaya kemas dalam pelukannya. Alia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak kejutkan mamat ni. Tadi bukan main lapar sangat. Orang dah buat makanan tak nak bangun pulak.
            “Kenapa Alia?” soal Izwan yang baru muncul dari beranda bersama Aryana.
            “Saya nak kejutkan dia Izwan. tapi dia ni liat betul nak bangun.” Adunya.
            “Cuba awak usik hidung dia ke, telinga dia ke. Confirm dia bangunlah.” Izwan memberi cadangannya. Dia tahu Haikal memang pantang kalau ada orang kacau dia tidur. Apatah lagi kalau menggunakan cara macam tu.
            Alia menganggukkan kepalanya. “Alia, saya nak turun bawah ni. Aryana nak solat. Jom Ary.” Dia menggamit Aryana supaya mengikut dia.
            Setelah Izwan dan Aryana keluar, dia mencuit hidung Haikal perlahan-lahan. Haikal menepis sesuatu yang menggelikan di hidungnya. Terganggu tidurnya. Baru sahaja hendak lena kemabali, ada sesuatu pula di telinganya. Terus dia menangkap ‘benda’ itu. Bulat matanya apabila melihat Alia di depannya. Terlupa seketika yang Alia memang berada di rumahnya sedari tadi lagi.
            Alia kaget. Tak sangka pulak dia tertangkap sebegitu. Dia menyentap tangannya yang dipegang kemas oleh Haikal.
            “Er. Makanlah. Saya dah buat bubur daging untuk awak. Tapi tak tahulah sedap ke tidak.” Alia menyuakan mangkuk bubur itu kepada Haikal.
            “Tangan sakit. Tolong suap boleh?” Alia menjegilkan matanya sementara Haikal mengerdipkan matanya. “Kalau tak, saya tak nak maafkan awak.” Sambungnya lagi.
            Dengan penuh rasa terpaksa, dia menyuap Haikal. Baru hendak masuk suapan ketiga, terdengar ketukan di pintu yang sememangnya sudah terkuak.
            “Ehem, maaflah menganggu adegan romantis kat sini, tapi aku nak tumpang solat.” Ujar Izwan dengan riak wajah yang nakal. Tandanya nak membahan orang la tu.
            “Ingat solat kat bawah?” soal Haikal.
            “Ary solat kat bawah. Takkan aku nak gi solat berdua kot. Dia bukan bini aku. Kang jadi apa-apa kat dalam bilik tu, mampus!” jawab Izwan.
            “Kau sindir aku ke apa?” soal Haikal.
            “Kau terasa kenapa?” soal Izwan kembali. Terdiam Haikal dibuatnya. Izwan berlalu ke bilik air untuk berwuduk.
            Alia kembali menyuap Haikal. Hanya beberapa suap sahaja yang mampu ditelan Haikal. Alia menghulurkan mug yang berisi coklat suam. Air diteguknya dua kali sebelum mug itu dihulurkan semula kepada Alia.
            Melihatkan Izwan sudah selesai solat, dia menolak selimut tebal yang masih bergumpal dia atas ribanya. Tiba masa untuk dia pula menunaikan kewajipannya yang satu itu.
            “Thanks Alia.” Ucap Haikal. Ikhlas.
            “My pleasure.” Alia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya dia kiri dan kanan pipinya. Dia bangun dan membawa dulang yang berisi mangkuk bubur dan air untuk di letakkan di dapur.
            Sampai sahaja di muka pintu, dia bertembung pula dengan Puan Sri Diana yang baru sahaja hendak menapak masuk ke dalam ruangan itu. Dia melemparkan senyuman sebelum berlalu dari situ.
            “Haikal?” panggil Puan Sri Diana. Haikal yang baru saja melangkah ke bilik air, keluar semula setelah dipanggil mamanya.
            “Yes ma?”
            “How are you dear?” soal puan Sri Diana, prihatin.
            “I’m fine ma. Don’t worry okay. Lagipun, kan dah ada nurse yang jaga Haikal.” Dia tersengih.
            “Kamu ni saja dera dia ke apa ni. Hish. Haikal Haikal. Nakal tak pernah berubah. Kamu dah solat ke belum ni?” soal nya lagi.
            “Belum ma. Ni nak solat lah ni.”
            “Kalau macam tu, kamu solat lah dulu. Mama nak turun bawah, nak tengok Mak Mah kamu masak. Malam ni kamu kena turun makan tau. Mama nak ajak kawan-kawan kamu makan malam kat sini.
            “Okay ma’am!” jawab nya dengan gaya memberi tabik hormat.
******  
            Alia meletakkan dulang di dalam sinki. Dengan segera dia membasuh mug dan mangkuk tersebut.
            “Mak Mah nak buat apa dengan sayur tu semua?” soalnya ingin beramah mesra.
            “Mak Mah nk masak tomyam, ikan sweet sour dengan kalian goreng belacan. Lauk untuk malam ni. Ni nak sedia bahan-bahan untuk masak lah. Mak Mah suka sediakan semuanya sekali gus.” Celoteh Mak Mah.
            Dengan senang hati dia mencapai pisau dan menolong Mak Mah mengupas bawang. Oleh kerana terlalu rancak bercerita, tiada seorang pun yang terperasankan kelibat Puan Sri Diana di situ.
            “Amboi Mak Mah. Dah pakai assistant sekarang ni ye? Seronok pula bercerita. Saya kat sini pun dah tak nampak.” tegur Puan Sri Diana yang baru sahaja masuk ke ruangan memasak itu.
            “Err. Maaf Puan Sri kalau Puan Sri rasa saya menganggu kerja Mak Mah kat sini.” Ucap Alia. Entah kenapa dia dapat merasakan Puan Sri Diana tidak sukakanya. Pandangannya dingin semacam sahaja. Betul-betul membuat Alia kecut perut.
            “Eh. Takdelah Alia. Aunty tak kesah pun. Sekali sekala ada tetamu, bercerita panjang lebar, apa salahnya.” Puan Sri Diana tersenyum. Dia menarik sebuah kerusi kosong dan duduk menyertai Mak Mah dan Alia.
            Sememangnya Puan Sri Diana rajin di dapur sewaktu zaman mudanya. Namun sejak Haikal sudah mula melangkah zaman persekolahan menengah, Puan Sri Diana sudah jarang masuk dapur. Dia lebih gemar mengikuti Tan Sri Haris yang selalu ke luar negara atas urusan kerja memandangkan Haikal jarang di rumah kerana bersekolah di sekolah berasrama penuh.
            “Alia, nanti malam ni kamu makan kat sinilah ye.” Kata Puan Sri Diana. “Kawan kamu pun dah bersetuju. Aunty dah cakap kat dia masa kat luar tadi.” Sambung Puan Sri Diana lagi bila Alia diam tak menjawab.
            Mendengarkan itu, Alia mengangguk. Kalau Izwan dan Aryana sudah setuju, mana mungkin dia membantah.
            Dia meneruskan kerjanya membantu Mak Mah di dapur. Aryana turut menyertai Alia dan Mak Mah di dapur.
****** 
            Malam itu Izwan menghantar Alia dan Aryana ke kolej kediaman mereka. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka buru-buru naik ke bilik. Aryana terus sahaja mencapai tuala. Ingin cepat mandi dan cepat-cepat tidur katanya.
            Alia termenung memikirkan apa yang jadi di meja makan ketika makan malam bersama keluarga Haikal. Dia disoal siasat macam seorang pesalah. Wajah Tuan Sri Haris betul betul membuatkan dia tidak senang duduk. Setelah sesi bersoal jawab selesai, barulah keadaan mula reda. Rupa-rupanya Tan Sri Haris sangat peramah orangnya.
            Bermacam-macam perkara yang dibualkan. Tuan Sri Haris langsung tidak membezakan taraf kedudukan. Itu yang dapat dirumuskan setelah meluangkan masa beberapa jam dirumah itu. Sama seperti Tuan Syed juga lah. Tuan Syed juga tidak ambil pusing mengenai status dan taraf. Baginya semua manusia sama disisi Allah swt.
            ‘Ah, apa khabar Tuan Syed agaknya. Dah lama tak dengar khabar berita darinya. Betul-betul merajuk agaknya.’ Getus hati kecilnya.
            Alia pusing memikirkan tawaran Tuan Syed. Dia sedar dia sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Tuan Syed. Kalau bukan kerana Tuan Syed, dia tidak mampu untuk belajar di universiti seperti sekarang. Kepada semua dia katakana dia mendapat tajaan biasiswa. Sedangkan pembelajarannya ditanggung oleh Tuan Syed sekeluarga.
            “Agaknya, bila uncle boleh masuk meminang kamu Alia? Haikal nampaknya macam dah tak sabra-sabar nak bermanja dengan isteri.” Usikan Tuan Sri Haris bermain di kepala.
            Dia tidak sepatutnya terjebak dengan cinta. Itu janjinya pada dirinya sendiri sebelum melangkah ke menara gading. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Dia betul betul buntu memikirkan cara untuk keluar dari semua ini.
            “Ahhhh!!” tanpa sedar dia membaling sebiji bantal ke arah pintu. Hampir saja mengenai Aryana yang baru selesai mandi.
            “Kau kenapa? Meroyan?” soal Aryana.
            “Takde lah. Ingat nak baling kat kau lah. Tapi tak sangka pulak tak kena tadi.” Katanya untuk menutup situasi yang sebenar.
            “Iyelah tu. Weyh. Nampaknya tadi family Haikal semua dah boleh terima kau. Untunglah kalau kau jadi menantu diorang.”
            “Ah, jangan nak merepek. Aku lesing kan baru tahu. Dah la. Aku nak mandi.” Dia mencapai tuala dan terus berlalu.
            Aryana cuma tergelak dengan lagak Alia. Malu tapi mahu.

****** 
            Alia melihat jam di meja. Sudah hampir ke pukul 1pagi. Dia menutup laptop miliknya. Tanpa sedar sudah hampir 2jam dia bermain online game di laman facebook. Dia memandang Aryana yang sedang enak dibuai mimpi. Setelah mengemaskan meja dia terus berbaring.
            Baru sahaja hendak melelapkan mata, handsetnya berbunyi perlahan. Dia cepat cepat menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum. Awak nak apa lagi malam-malam macam ni?” soal Alia.
            “Waalaikumussalam. Hai, garangnya. Saya nak jawab salam pun jadi takut. Awak dah nak tidur ke ni?” soal pula.
            “Takde lah. Saya memang dah tidur dari tadi pun. Awak yang ganggu saya sekarang ni.”
            “Tipulah. Ingat saya tak tahu ke?” Alia terdiam. ‘macam mana pulak dia boleh tahu aku tipu ni?’ fikirnya.
            “Takpelah. Saya cuma nak ucap terima kasih sebab datang jenguk saya tadi. Saya hargai sangat-sangat. Lain kali boleh la datang masak kat rumah saya lagi.”
            Alia mendengus. “ingat saya takde kerja lain ke?” omel Alia.
            Haikal tergelak. “Okeylah cik Alia. Awak tidurlah. Jangan terlepas subuh dah la ye. Assalamualaikum. Goodnight!”
            Alia menjawab salam sebelum menamatkan panggilan itu. Kemudian dia tidur dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
            “Alia Alia. Awak ni comel lah. Selalu buat saya senyum.” Kata Haikal sendirian sambil memandang handset yang berada di tangan.
******  
            Keesokan harinya…
                “Hai Alia.” Tegur Haikal.
            Alia yang sedang menunduk ketika itu terkejut dibuatnya. “Eh, dah sihat ke?” soal Alia.
            “Lepas makan bubur daging awak semalam, terus rasa sihat dah. Awak duduk sini buat apa? dah lunch ke belum? Ary mana?”
            “Saya memang nak pergi lunch. Tapi tunggu Ary dulu. Dia tertinggal barang kat kelas tadi.”
            “Oh, boleh saya join?” Haikal membuat mimik muka yang comel.
            “Rasanya kalau saya cakap tak boleh pun, awak nak join jugak. Baik tak payah tanya.”
            Haikal tersenyum. “Saya tanya saja buat syarat je.”
            “Amboi, tinggal sekejap pun sempat lagi berkepit ye.” Tegur Aryana yang datang dari belakang.
            “Ha. Tak payah nak merepek. Aku lapar sangat dah ni. Jom makan.” Kata Alia tegas.
            Aryana dan Haikal cepat-cepat berjalan untuk menyaingi Alia. Ketiga-tiganya melangkah ke kafe yang berdekatan dengan fakulti tersebut.
******
            Selesai makan tengahari, Alia meminta diri untuk pulang ke bilik. Haikal keberatan melepaskan Alia pergi kerana dia belum puas berbual dengan Alia.
            “Alia, bila awak free? Kita keluar nak?” soal Haikal ingin memanjangkan perbualan. Aryana pula sudah berlalu pulang kerana ada janji petang itu.
            “Entahlah. Saya pun tak pasti tapi buat apa nak keluar. Baik saya main game je kat bilik.” Alia sememangnya malas untuk keluar menghabiskan duit dan berjoli sana sini apatah lagi kalau keluar dengan Haikal. Dia takut terjatuh hati dengan orang yang menjadi kegilaan ramai seperti Haikal.
            “Alia, sekali sekala pergilah keluar tengok wayang ke, main boling ke. Karaoke pun boleh. Takkanlah awak nak memerap je kat dalam bilik tu. Saya tak hairan kalau satu hari nanti awak jadi macam katak di bawah tempurung. Satu apa pun tak tahu pasal dunia luar. Tengok Aryana tu, sekali sekala keluar. Tak salah kan kalau nak cuci mata, release tension. Ringankan beban otak awak tu. Kang kalau asyik tension nanti, saya tak bertanggungjawab kalau tiba-tiba awak naik meroyan. Time tu, entah-entah takde orang yang nakkan awak. Tak takut jadi andartu ke?” Alia buat muka tak puas hati.
            “Memanglah main game pun boleh release tension tapi saya tak rasa cara tu praktikal. Contohnya game angry birds tu. Bagi awak saya tak tahu lah tapi saya jadi makin tension kalau main game tu. Dan lagi satu, awak bertapa depan laptop lama-lama tu, buat mata sendiri rosak je. Nanti makin rabun. Silap-silap haribulan awak pakai spek tebal seinci sebab power tinggi sangat. Dah la tu, buat bazir elektrik je main game tu. Mentang-mentanglah bukan awak yang bayar bil tapi tak perlu ambil kesempatanlah. Takut laptop awak cekababom, meletup. Tak ke kesian kat laptop awak tu.” Sambung Haikal lagi dengan tangannya yang penuh dengan gaya. Macam orang tengah berdebat saja lagaknya.
            “Apa yang awak merapu meraban ni? Straight to the point je lah.” Alia menggelengkan kepalanya. Pening mendengar bebelan Haikal yang panjang berjela itu.
            “Jom keluar petang esok? Izwan dah check dengan Ary, korang berdua free petang esok sebab kelas postponed. Kita keluar main boling nak?”
            “Yang awak bercerita pasal ambil tahu pasal dunia luar, release tension lah, meroyanlah, laptop cekababom lah, sebab nak ajak saya keluar semata-mata?” Alia menjongketkan keningnya.
            Haikal menganggukkan kepala dengan gaya comel. Alia tergelak. Tak pernah-pernah dengar Haikal merapu macam tu.
            “Janganlah gelak. Kelakar ke bila saya ajak awak keluar?” Alia menggelengkan kepalanya.
            “Tak, tak kelakar. Tapi yang awak membebel panjang panjang tu macam orang tua je. Haha.” Alia gelak lagi. Terus muram wajah Haikal.
            “Macam ni, nanti saya akan confirmkan balik sama ada jadi ke tidak. Sekarang saya nak balik dulu. Saya rasa penat dah ni. Penat gelakkan awak.” Alia mengusik.
            “Yelah. Gelaklah banyak-banyak pun. Asal awak bahagia.” Haikal menjuihkan mulutnya.
            “Muka dah tak macho dah bila buat muka macam tu.”
            “Takpelah tak macho pun. Saya tak kesah.” Balas Haikal lagi.
            “Dah lah. Layan awak sampai raya tahun depan pun belum tentu habis. Saya balik dululah. Assalamualaikum.” Alia mengangkat buku rujukan yang ada di atas meja dan terus berlalu.
******  
            Di dalam kereta, Haikal termenung sendirian. Sikap spontan Alia mengingatkan dia kepada seseorang. Ellisya. Rindunya dia kepada Ell hanya Allah yang tahu. Tak pernah dia zahirkan perasaan sayang dan rindunya kepada Ellisya sejak dia memutuskan hubungan cinta mereka. Tapi kini perasaan kosong dalam hatinya mula terubat dengan kehadiran Alia. Dia mula memikirkan kemungkinan bahawa Alia orang yang akan menggantikan Ellisya dalam hidupnya. Tapi hanya masa dan takdir yang akan menentukan segalanya.


#harap entry kali nie tak membosan kan. Lepas nie konflik akan mula timbul. Keep reading dan jangan lupa komen!# J











3 comments:

NiA DaRnEs(Nur Ain Syahira) said...

hahaha..sweet lorh...

Anonymous said...

so sweett... but.. why mesti dye teringat kat ex dye uh? kecian alia :(

Syaaa said...

dtg follow awk :) baca kisah Dani Haris dan Najmi Sakeena dlm E-NOVEL pertama syara. hope suke and jgn lupe follow balik >.<