0
Komen

bab 1 :)

Angin bertiup dengan agak kuat petang ini. Dingin rasanya. Alia menyelak rambutnya yang berjuntai didahinya ke belakang. Dia mendongak ke atas. Kelihatan di langit, awan mendung sedang rancak berarak. ‘Mungkin malam nanti akan hujan’ desis hati Alia. Dia melirik jam di pergelangan tangannya. ‘Sudah hampir 6.30 petang rupanya. Sekejap saja masa berlalu’ desis Alia lagi.

            Memang hampir setiap hari dia datang ke tasik ini. Kebiasaannya dia akan pulang sebelum pukul 6 petang. Tapi petang ni, entah kenapa dia belum mahu pulang sedangkan jarum jam sudah menunjukkan 6.30 petang.

            Ya. Dia memang gemar datang ke sini. Apabila melihat tasik, hatinya terasa tenang dan damai. Sebetulnya, dia suka melihat pantai dan laut. Tapi memandangkan dia melanjutkan pelajaran di universiti yang terletak di tengah bandaraya, dia hanya mampu untuk melihat tasik buatan manusia sahaja. Kebetulan pula, tasik ni terletak berdekatan dengan tempat dia belajar. Jadi, senanglah baginya untuk datang ke sini apabila mempunyai masa lapang.


*****

            “Alia, kamu kena ingat, belajar sungguh-sungguh. Bukan senang kita nak dapat peluang keemasan macam ni. Jangan pulak kamu sia-siakan peluang yang diberi ni.” Puan Zalina memberi nasihat kepada sambil menolong Alia mengemas.

            “Iye bu. Lia tahu. InsyaAllah Lia akan belajar sungguh-sungguh nanti. Lia nk balas budi Tuan Syed. Lia janji dengan ibu, Lia takkan hampakan harapan ibu, abah, adik dan juga Tuan Syed. Doakanlah kejayaan Lia ye ibu.” Ujar Alia panjang lebar.

            Alia peluk ibunya. Dia merasa sedih kerana perlu berjauhan dengan keluarganya. Dua hari lagi dia akan mendaftarkan diri di sebuah universiti terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Bermakna cuma dua hari saja lagi tinggal untuk dia bersama keluarga tersayang sebelum dia melangkah ke dunia baru di kota metropolitan itu.


*****

            ‘Arghh,kenangan tu datang lagi.’ Alia pejamkan matanya. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Dia cepat-cepat menggalas beg sandangnya untuk pulang. Dia berjalan terburu-buru tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba…

            “Bukkk!”

            Alia terjatuh. Rupa-rupanya dia terlanggar seseorang yang datang dari arah kanannya.

            “Hei, kau ni apasal? Tiba-tiba je muncul depan orang. Buta ke apa?” lelaki itu marah-marah sambil menyimpan Blackberry kepunyaannya ke dalam poket short pants yang dipakainya.

            Alia terpinga-pinga. Dia mendongak untuk melihat orang yang dilanggarnya. ‘Mak aih. Punya la besar mamat ni. Tinggi semacam je. Dinding pun boleh pecah kalau berlanggar dengan dia ni’ Alia tersengih-sengih.

            ‘Aik, apa pasal dengan minah ni. Aku marah punyalah sepenuh hati, dia boleh sengih-sengih macam kuda pulak.’ Bisik hati Haikal.

            “Hei. Hello? Dengar tak?” soal Haikal sambil melambaikan tangannya di depan muka Alia.

            “Ya. Er,ma ma  maaf. Ss saya tak sengaja tadi. Langsung tak nampak awak tadi.” Ujar Alia tergagap-gagap.

            “Huh, iyela tu. Lain kali, kalau dah ada mata tu, guna! Jangan nak letak kat kepala lutut.!” Marah Haikal lagi.

            “Hello brother. Yang awak beria sangat nak marah saya ni apa pasal? Saya dah mintak maaf kan? By the way, yang jatuh sekarang saya kan? Yang sakit pun saya jugakkan? Lagipun, yang awak berjalan sambil main handphone tu apa kes? Pastu nak salahkan saya pulak?” bidas Alia yang bengang dengan tingkah Haikal.

            Haikal terkulat-kulat apabila dengar kata-kata Alia. ‘Ish, boleh tahan jugak minah ni. First time aku kena sembur kaw-kaw macam ni. Buat malu je’ Dia menghulurkan tangan untuk membantu Alia berdiri.

            Alia tidak mempedulikan huluran tangan Haikal. Dia berusaha untuk bangun sendiri. Tapi, baru saja dia hendak berdiri dengan betul, dia hampir terjatuh balik. Mujur saja Haikal sempat mencapai bahunya.

            “Itulah. Orang nak tolong tapi sombong. Ingat kaki awak tu okey sangat ke? Marilah saya hantar awak balik.”ujar Haikal sambil memapah Alia. “Sebelum awak nak membantah, dengar saya nak cakap dulu. Cuba awak tengok jam. Dah hampir pukul 7 kan. Dah lewat. Hujan pulak tu. Mampu ke awak nak balik sendiri dengan kaki awak yang macam tu?” dia senyum mengejek.

            Alia diam. Dia berfikir akan kebenaran kata-kata lelaki di hadapannya itu. ‘Memang la betul, tapi aku tak berani lah nak ikut mamat ni. Silap-silap dia jual aku kat Siam. Mampus aku. Kaki pulak macam ni, memang sah la tak sempat lari nanti.’

            “Ikut je lah. Saya bukan orang jahat pun. Takde maknanya saya nak jual awak kat mana-mana. Niat saya ikhlas nak hantar awak balik.”

            ‘Aik,dia boleh baca ke apa yang ada kat dalam kepala aku ni?’ Alia hairan betul dengan lelaki di hadapannya itu. Melihatkan Alia senyap tanpa apa-apa reaksi,Haikal memimpin tangan Alia ke kereta BMW 3series miliknya. Kemudian dia membukakan pintu untuk Alia. Alia cuma mengikut saja rentak Haikal. Malahan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk mengikut lelaki yang tidak dikenalinya itu.

No comments: