5
Komen

bab 7 :)


                Dan dengan tak disengajakan, milo ais tu pun tertumpah ke atas tangan kanan Haikal. Dia mengetap gigi sekuatnya menahan amarah yang makin memuncak. Dengan kadar segera dia bangun dan berlalu ke sinki berhampiran untuk membersihkan kesan tumpahan.
                “Kau ni kenapa? Tak habis-habis cari pasal dengan mamat tu. Duduk diam-diam tak boleh ke?” marah Aryanna.
                “Aku, aku tak sengaja lah Ary. Nanti aku minta maaf lah.” Ujar Alia.
                Dia melihat Haikal yang datang semula ke meja tu. Kelihatan kemeja yang dipakai Haikal comot di bahagian lengan telah disingkap hingga ke lengan. Haikal terus duduk tanpa mempedulikan Alia yang merenungnya. Malas mencetus perbalahan antara mereka.
                “Haikal, I’m sorry. Kali ni memang saya mengaku, saya salah. Maafkan saya?” Alia menayang muka kasihan. Sejuk mata Haikal memandang.
                “Wah, terer la Alia ni. Memang sepuluh langkah ke depan. Peristiwa kat Carrefour minggu lepas tu pun Carl tak sempat nak balas lagi, dia dah buat onar lagi.” Izwan memerli Alia. Malu Alia dibuatnya. Apatah lagi bila Aryanna dan Izwan gelakkan dirinya. ‘Tebalnya muka. Rasa nak menyorok kat dalam guni je. Haih.’
                “Alia, awak nak saya maafkan awak?” alia yang mendengar soalan cepumas itu terus mengangguk laju. ‘Siapa yang taknak cik abang oi. Eh,cik dengan abang? Yang mana satu ni. Ehh, apa yang aku mengarut ni?’
                “Okey, tapi saya ada syarat. Boleh?” Haikal pura-pura jual mahal. Dia tahu inilah peluang terbaik untuk berbaik dengan Alia dan seterusnya melancarkan misi membalas dendamnya itu.
                “Boleh. Apa-apa syarat yang tak melanggar syariat Islam, semuanya saya akan ikut.” Ujar Alia penuh yakin.
                “Kalau saya cakap jadi maid saya untuk sebulan boleh?”
                “Haa? Tapi..”
                “Rasanya ia tak melanggar syariat kot? Izwan kan?” izwan mengangguk-angguk.
                “Okeylah.” Dia menunduk. Kesal kerana mulut nya terlajak kata.
                “Takde lah. Syaratnya, saya nak awak basuh baju saya ni? Tu aje. Boleh kan?” dia melihat Alia tersengih sambil menganguk. “Tapi kalau awak betul-betul nak jadi maid saya pun takpe. Haikal tak kesah.” Sambung nya lagi dengan menggunakan nada iklan ‘Aiman tak kisah’
                “Taknak la saya. Ingat saya ni takde keje sangat ke nak jadi maid awak?”
                “Eh, bukan memang awak takde keje ke? Sebab tu asyik kenakan saya. Kan?”
                Alia tersipu malu. “Tu saya tak sengaja lah. Saya mintak maaf.”
                “Basuh baju saya ni dulu, then saya maaf kan awak. Sehingga itu, friends?” soal Haikal sambil menghulurkan tangan kanan sebagai tanda perkenalan secara rasmi antara mereka.
                Alia tersenyum dan menyambut huluran tangan Haikal. “Friends”
                “Nama saya Haikal, tapi tolong panggil saya Carl.”
                “Saya Alia. Carl boleh panggil saya Lia. Harap Carl boleh lupakan apa yang pernah jadi antara kita sebelum ni.” Haikal hanya mengangguk. ‘Maaf tapi tak mungkin aku boleh lupa bila dimalukan di khayalak ramai, Alia.’
******        
                Alia menyidai kemeja milik Haikal yang baru selesai dibasuhnya itu ditempat penyidai. Dia menarik nafas kelegaan. Settle pun. Dia tersenyum.
                “Amboi, sejak dah termaktub perjanjian damai antara Haikal dan Alia ni, makin lebar aku tengok kau senyum kan.” Tegur Aryanna yang asyik memerhatikan tingkahlaku Alia.
                “Hish, ada-ada je kau Ary. Aku biasa-biasa je la. Siapa tak lega kalau kau dah bebas kan. Tak payah nak ketakutan macam hari tu lagi.” Ujarnya sambil berbaring di atas katil.
                “Ala, tu kau punya hal. Yang sengaja tempah masalah dengan Haikal apa pasai? Nasib baik sekarang dah okey. Aku pun memang tak larat dah nak tengok korang asyik gaduh. Anjing dan kucing pun tak macam korang tau tak?” Aryanna membebel.
                “Yelah-yelah, aku tahu lah. Sekarang kan aku dah tak gaduh dengan dia lagi. So, kau boleh tenang la pasni. Puas hati kau?”
                Aryanna mengangguk-angguk. “Tapi apa-apa pun kau kena berhati-hati sikit. Dia tu buaya emas tau. Juara mengayat. Jaga sikit perasaan kau terhadap dia. Jangan mudah tangkap cintan dengan Haikal tu.” Pesan Aryanna.
                “Kau jangan tuduh orang sembarangan. Tak baik lah. Aku tengok dia baik je. Mudah pulak mesra. Cuma dia sifat perasan bagus je lah.” Komen Alia pula.
                “Haikal memang baik dan mudah mesra. Itu aku tak nafikan tapi kau kena ingat, kita nak nilai hati orang bukan dari luarannya. Dia memang legend la kat sini. Jangan lupa pulak pesan aku ni tau.!” Alia mengangguk.”eh, dah 8.45 lah. kita dah lambat nie.” Segera dia bangun dan menyalin pakaian. Ringkas dengan sehelai t-shirt lengan panjang dan seluar bermaterial denim.
                “Kau nak pergi mana?” soal Alia hairan.
                “Engkau! Tolong jangan nak buat-buat lupa sangatlah. Lupa ke nak keluar dengan Haikal dan Izwan.?”
                Alia menepuk dahi. “Adeyh. Aku betul-betul lupa la Ary.” Serentak itu, telefon bimbit Alia berbunyi menandakan ada SMS masuk.
                Sebenarnya mereka dah merancang untuk keluar sebagai tanda pengenalan dengan cara baik. Almaklumlah, setiap kali bertemu, ada sahaja perkara nak jadi. Oleh itu, Haikal mengajak mereka keluar untuk berbaik dan sekaligus, Haikal sebenarnya ingin menjalankan rancangan jahat yang di aturkan untuk Alia.
                ‘kitorg dh smpai. Ktorg tggu kat bawah.’
                “Diorang dah sampai la Ary.” Ujarnya kepada Aryanna.
                “Dah tu, apa lagi. Cepatlah bersiap. Cepat, cepat!!” dia menggesa Alia.
                “Yelah. Yelah.”
***** 
                10 minit kemudian, Alia dan Aryanna turun ke bawah kolej yang didiaminya. Dari jauh dia sudah mengecam kereta milik Haikal memandangkan dia sendiri pernah menaiki kereta itu.
                “Hai, lamanya baru nak turun. Ingatkan bersiap ala-ala macam Cinderella tadi.” Usik Izwan selepas mereka masuk ke dalam kereta. Alia mengambil tempat di belakang pemandu manakala Aryanna duduk di sebelahnya.
                “Err. Sorry. Kami tengah syok sangat berborak tadi. Sampai lupa nak keluar dengan korang malam ni.” Aryanna explain situasi yang sebenarnya. Alia hanya menganggukkan kepalanya.
                “So, kita nak pergi mana ni?” soal Aryanna.
                “Em. Kita pergi makan, then tengok wayang. Nak tak? Boleh Alia?” soalnya sambil memandang cermin pandang belakang untuk melihat wajah ayu Alia.
                “Boleh je. Jangan bawak kitorang pergi tempat mengarut sudah.”
*****
                “sekarang nak pergi beli tiket dulu ke nak pergi makan dulu?” soal Haikal apabila sampai ke Jaya Jusco itu.
                “Makan dulu jom? Lapar sangat dah ni.”
                “Okey. Nak makan apa ni? Nak fast food ke, nasi ke? Alia. Aryanna. Macam mana?”
                “Fast food pun okey.”  Kata Alia. Terus saja mereka masuk ke dalam restoran McDonald yang sememangnya berdekatan dengan mereka.
                Setengah jam kemudian mereka menuju kea rah panggung wayang yang terletak di level 2. Filem final destination 5 3D menjadi pilihan Aryanna. Alia pula lebih memilih filem Spy kids 3.
                Akhirnya tiket dibeli. Masam wajah Alia kerana terpaksa menonton filem yang mengerikan itu. Padahal, dia bukan lah suka sangat tengok cerita macam tu. Tapi dia terpaksa turutkan juga memandangkan Haikal, Izwan dan Ary teringin sangat menonton cerita tu. ‘redha je lah’ desis hatinya lagi.
                Lega hati Alia apabila filem itu habis ditayangkan. Terseksa matanya melihat aksi-aksi yang boleh buat dia tak tidur malam. Dia berjalan beriringan dengan Haikal apabila keluar dari panggung wayang.
                “Awak okey tak ni? Takut sangat ke tadi?” soal Haikal.
                “Lia okey je. Cuma tadi ngeri sangat citer tu. Tak mampu rasanya nak tengok lama-lama.” Jawab nya sambil tertunduk. Malu dia mengingatkan tingkahnya dalam pawagam sebentar tadi. Menyembunyikan wajah di sebalik lengan Haikal apabila ada aksi yang terlalu ngeri baginya.apatah lagi dia menonton versi 3D. semuanya nampak seperti betul-betul jadi didepan matanya. ‘sumpah tak nak tengok dah.’
                “Oh. Saya tak sangka Lia akan takut sampai macam tu sekali. Nanti kita keluar, biar Lia yang buat pilihan ye?”
                Alia cuma mengangguk sahaja. “Carl, tadikan Carl asyik tanya pasal Lia dengan Ary je. Tak citer apa pun pasal Carl. Kenapa? Lia kan nak tahu jugak pasal Carl.”
                Haikal hanya tersenyum. “Hm. Dah hampir tengah malam ni. Jomlah Carl hantar balik.”




bersambung~
2
Komen

bab 6 :)

                Sudah seminggu sejak peristiwa di Carrefour itu terjadi. Sejak itu juga lah Alia tidak pernah lagi terserempak dengan Haikal. Lega sedikit hatinya. Tidak perlulah dia berdepan dengan mamat banyak songel tu. Dia meneguk air di tangan. ‘Mana Ary ni. Cakap 2 minit, tapi dah dekat 20 minit tak muncul-muncul jugak.
                “Lia. Ada orang cari kau. Dia dekat depan kompleks utama tu.” Beritahu Laila yang kebetulan lalu di situ.
“Cari aku? Siapa?” soal Alia semula.
“Entah. Dia naik kereta mahal, warna hitam.” Jawab Laila sebelum berlalu.
“Siapa pulak nie. Takkan Tuan Syed lagi kot. Minggu lepas kan dah datang.” Dia mengomel sendirian.
“Weh. Kau membebel apa sorang-sorang ni.” Terjah Ary tiba-tiba.
“Takde apa. Eh, kau tunggu kat kafe jap boleh? Aku nak pergi kompleks utama jap.”
“La? Nak wat pe pulak nie?”
“Aku.. aku nak.. haa, aku nak draw duit. Duit dah nak habis ni.” Alia sengih untuk menutup kekalutannya.
“Pinjam duit aku dulu la. Macam tak biasa.”
“Em, takpe lah. Kebetulan aku rasa rajin nak pergi ni, aku nak pergilah. Kau tunggu kat kafe tau. Okey, bye.” Ujar Alia sebelum berlalu dari situ.
Aryana mengangkat bahunya saja walaupun dia amat pelik dengan kelakuan Alia sejak kebelakangan ni. ‘Biarlah dia. Nanti-nanti baru tanya. Sekarang aku nak makan sebab perut aku dah nak meletup dengan adanya grenade kat dalam nih.’
******     
Apabila Alia tiba di hadapan kompleks utama itu, dia ternampak sebuah kereta BMW elok tersadai di tempat parkir itu. Seorang lelaki tua keluar dari kereta itu. Dia tersenyum memandang Alia. Alia menundukkan kepala tanda hormat. Kemudian mereka masuk semula ke dalam kereta.
Tanpa di sangka, Haikal dan Izwan telah melihat situasi itu. Bukan mereka sahaja bahkan ramai lagi students yang kebetulan ada di situ melihatnya.
“Hm. Agaknya memang betul tu sugar daddy dia. Kau tak rasa macam tu ke Wan?” Haikal menyoal Izwan yang berjalan seiring dengannya.
“Entahla Carl. Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh jugak. Weyh, jom pergi makan. Aku dah lapaq sangat ni.” Ajak Izwan. Haikal mengangguk dan kedua-duanya berjalan ke arah kafe.
******
“Erh. Tu bukan kawan si Alia tu ke?” Izwan menunjuk ke arah seorang gadis yag duduk di salah satu meja di kafe itu.
“Ha’ah la wei. Memang dia la tu.” Haikal mengiyakan.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing membaca apa yang berada di fikiran. “Jom.” Serentak mereka berkata dan menuju ke meja yang diduduki Aryana.
“Hai Aryana.”  Izwan menegur.
“Erh, hai. Lama tak nampak korang. Duduklah.” Pelawa Aryana.
Izwan tersenyum manis. Dia memilih tempat duduk di hadapan Aryana. “Awak buat apa sorang-sorang kat sini?” soalnya.
“Saya tengah tunggu Alia nak makan sama-sama.” Jawab Aryana sambil matanya melilau mencari bayangan Alia.
“Tadi kan, saya rasa saya nampak dia kat depan..”
“eh. Ary. Kau buat apa dengan mereka ni?” Izwan berpaling ke belakang. Terkejut dia apabila Alia tiba-tiba muncul dari belakang.’Hish, kus semangat.’
Izwan cuma buat muka selamba. Haikal pula mulai mendidih mengenangkan kejadian yang terjadi Carrefour seminggu yang lalu.
“Hai, takkan nak duduk kat sini pun salah. Nak kenal-kenal dengan kawan awak ni. Kitakan satu universiti, mestilah kena berbaik-baik antara satu sama lain. Lagipun, meja lain dah penuh, sebab tu kami tumpang meja Aryana. Tak salah kot since ni tempat public. Izwan kan?” Haikal berhujah.
“Berbaik antara satu sama lain? Hish. Tak ingin la saya nak berbaik dengan orang bajet bagus macam awak ni. Menyampah.”
“Awak tak nak takpe lah. Lagipun tadi niat saya nak berbaik dengan Aryana. Bukan dengan awak.” Ujar Haikal selamba.
Muka Alia yang berkulit cerah itu bertukar kemerahan. Menahan rasa malu dan geram. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menjerit marah kepada Haikal tapi dia tak nak menjatuhkan maruah dia dan jugak Haikal sendiri. Dia melihat Aryanna asyik menutup mulut menahan gelak. Izwan pulak sudah ketawa terbahak-bahak. ‘Isy, sabarla duhai hati’
“Ehem.. Lia, kau nak makan tak. Jomlah cepat. Aku dah lapar sangat ni.” Aryana bersuara bagi menutup rasa bersalah kerana turut sama gelak dengan Izwan.
“Em. Kau nak makan apa? Aku belikan.”
“Aku nak nasi ayam. Biar aku beli air. Nak air apa?” soal Aryanna semula.
“Macam biasa lah.” Alia terus berlalu.
Haikal yang cuma diam pada mulanya kemudian memandang Aryana pelik. “Macam biasa tu, air apa?” soal nya.
“Oh. Haha. Milo ais. Memang favourite dia la tu” aryanna tersenyum.
Haikal berfikir sejenak. “Ary, kami nak makan kat sini boleh kan?” Aryanna mengangguk.
“Kalau macam tu, awak jaga tempat ni. Biar saya beli air untuk awak dan Alia.”
Aryanna senyum. “okey. Belikan saya air honey dew and milo ais untuk Alia” dia berpesan.
Serentak itu, Haikal dan Izwan bangun. Haikal menuju kiosk yang menjual air, manakala Izwan menuju kea rah kiosk yang menjual nasi ayam.
******     
Dari jauh Alia melihat Aryanna hanya duduk keseorangan. ‘Pelik’ getus hati nya.
“Kau buat apa? Mana airnya cik Ary oiiii” Alia meletakkan dulang yang di pegangnya di atas meja. Dia memilih kerusi di hadapan Aryanna, lantas dia duduk.
“Tu airnya. Dah datang pun.” Aryanna menunjukkan ke arah belakang Alia. Alia segera berpusing. Bulat matanya melihat Haikal menatang dulang yang membawa empat gelas air. Di sebelahnya pula Izwan yang membawa dua pinggan nasi berlauk ditangan.
“Hilang selera aku makan semeja dengan mamat perasan bagus tu.” Dia buat muke bengang di depan Aryanna.
“Apa awak cakap Alia?” Haikal pura-pura bertanya sedangkan dia sudah mendengar dengan jelas kata-kata Alia.
“Takde apalah.” Bentak Alia. Dia mengambil milo ais yang dihulur dan menjamah makanan dihadapannya dengan khusyuk. Dia malas nak bercakap dengan Haikal yang duduk di sebelah kirinya.
Tiba-tiba dia terasa handphone nye bergetar. Terus dia meraba poket jeans nya. Tiada. ‘aik, mana pulak fon ni. Bergetar tpi kat mana ntah’.
Terus dia menyelongkar beg sandang yang terletak di atas paha nya. “Kau cari apa yang kalut sangat tu” Aryanna menegur bila melihat teman dihadapannya kalut semacam.
“Cari fon. Ada orang call tapi tak jumpa kat mana lah.” Ary mengangguk.
“Haa! Jumpa pun. Dia mengeluarkan handset dengan tangan kirinya. Dan dengan tidak sengaja, dia tertepis milo ais yang tinggal lagi separuh dalam gelas tinggi itu. Dan saat itu, dia hanya mampu membulatkan matanya. Haikal memejam matanya sambil mengetap gigi. Izwan hanya mampu menepuk dahi manakala Aryanna menggelengkan kepalanya.
0
Komen

bab 5 :)

  “Ya Allah Lia. Kau tak habis lagi ke beli barang ni? Aku dah penat gila tunggu kau. Ibarat tunggu buah yang takkan gugur, tau tak?!” Aryana separuh menjerit apabila dia melihat Alia belum membuat bayaran lagi. ‘Hish dia ni. Kalau beli barang bukan main lama.’ Aryana menggeleng-gelengkan kepalanya.
                Alia tidak pedulikan leteran Aryana. Dia sibuk mencari gula-gula kegemarannya. ‘Ish. Mana pulak perisa blackcurrant ni. Takkan dah habis kot?’ Matanya masih meliar disekitar rak itu.
                Aryana bosan menunggu. “Kau cari apa yang khusyuk sampai macam tu sekali?” sambungnya lagi apabila melihat tingkah Alia.
                “Aku cari Eclipse ni. Haa. Akhirnya jumpa pun”  terus tangannya mencapai bekas kecil yang berwarna ungu itu. Serentak itu jugalah ada tangan mencapai bekas yang sama dari tangan Alia. Kasar. Alia berpaling untuk melihat orang itu. Matanya membulat.
                “You?? Again??” soal lelaki itu. Alia buat muka bosan.
                “Yes? Any problem Mr Haikal?!” soal Alia kasar.
                “Whoaa!! What a great question Miss Alia. Well. I do have a lot of problem with you. Firstly, I need an apology from you for incident that happened this morning.” Ujar Haikal.
                “Oh pasal tu. Tengoklah nanti kalau saya rajin saya minta maaf lah kat awak. Tapi dalam mimpi je lah.” Alia menjawab.
                “Dalam mimpi?” soal Haikal. Keningnya diangkat. “Saya taknak dalam mimpi. Saya nak sekarang jugak. Dan saya sedang menunggu sekarang.!” tegas Haikal.
                “Saya nak remind balik kat awak ni tentang kejadian pagi tadi. Awak yang salah, kan. Siapa suruh awak bangun macam robot. Jadi jangan nk salahkan saya. Dan saya, takkan minta maaf. Titik!” ujar Alia.
                “Awak yang langgar saya. Jadi awak lah yang salah. Saya tak kira. Awak kena jugak mintak maaaf dengan saya.!” Haikal bengang.
                “Saya dah cakap yang saya taknak kan. Jangan paksa boleh tak? Menyampah betul.  By the way, Eclipse ni, saya yang tengok dulu dan saya nak ambik dulu. So, it is mine.” Serentak itu, dia terus merampas bekas kecil itu dari tangan Haikal.
                ‘Hisy, melampau betul minah senget ni.’  getus hati Haikal. “Alia!!” jerit Haikal seraya merentap pergelangan tangan Alia.
                Aryana yang melihat menepuk dahi. ‘Mereka buat drama dua babak pulak dah kat sini. Tapi, siapa nak tolong leraikan ni.’ Dia pandang kiri dan kanan.  Nampaknya tiada sesiapa yang dia kenal di situ.
                “Hei, apa ni. Lepaslah. Nak saya jerit ke?” dia menarik-narik tangannya. Dia berpusing memandang Aryana yang berdiri kurang 3 meter dari tempat dia. “Ary, tolong aku.!”
                Aryana perasan yang Haikal pandang dia dengan pandangan tajam. “Aku tak nak masuk campur hal korang.” Lancar saja dia menjawab.
                “Haikal, lepaslah. Jangan buat benda tak senonoh boleh tak.?” Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Haikal memperkemaskan pegangannya.
                Alia cuak. “Okey. Kita bincang elok-elok. Tapi lepaskan dulu tangan saya. Please?” Alia cuba berdiplomasi. Dia menayangkan muka lima sen membuatkan Haikal beralah. Dia melonggarkan pegangan tangannya. Sebaik sahaja Haikal ingin beralah dengan Alia, dia terus menarik tangannya dan standby untuk cabut dari situ.
                Haikal cuba untuk merentap semula tangan Alia tapi ditepis Alia. Automatik tangannya terkena barang-barang yang tersusun elok di atas rak itu. Habis segala anak cucu tok nenek gula-gula jatuh bertaburan di atas lantai. Alia cepat-cepat melarikan diri dari situ. Baru sahaja Haikal hendak mengejar Alia tapi dia dihalang oleh pekerja yang kebetulan sampai di situ.

******               
                “Ary, dia dah takde kan. Cuba kau tolong tengokkan.” ujar Alia takut-takut ketika tengah beratur untuk membuat bayaran di kaunter.
                “Haa. Tu la. Cari pasal dengan orang tak ingat-ingat. Bila dah jadi macam ni kan susah. Dia dah takde rasanya. Jomlah balik sebelum terserempak dengan dia lagi. Aku dah tak mampu nak tengok korang bergaduh ni.” Leter Aryana.
                “Yelah yelah. Aku salah. Tapikan, benda dah jadi, tak dapat aku ulang balik.” Alia gelak. Dia terbayangkan raut Haikal yang terpaksa bertanggungjawab atas masalah yang sudah ditimbulkan olehnya sebentar tadi.
                “Hish. Ada-ada je la kau ni. Eh. Cuba kau tengok sana. Yang pakai baju biru tu. Bukan Haikal ke?”
                Alia memandang ke arah yang ditunjukkan Aryana. “Aku rasa macam betullah. Dia datang ke sini ke? Jomlah, blah dari sini.” Mereka tergesa-gesa pergi setelah cashier itu memulangkan wang baki.

******
                Haikal macam ternampak kelibat Alia. Terus dia berjalan ke arah kaunter. ‘Sah itu dia.’
                “Carl. Nak pergi mana tu? Tolonglah mama tolak troli ni.” tegur Puan Sri Diana.
                ‘Mama ni. Time ni la dia nak datang. Takpe Alia. Takpe. Hari ni hari kau. Nanti kau rasa la pembalasannya.’ Hatinya berbisik jahat.
                Puan Sri Diana hairan. Siapalah perempuan yang bergaduh dengan anak terunanya sebentar tadi? Bukan dia tak Nampak betapa marahnya Haikal tadi. Pulak tu, sampai berselerak barang-barang atas rak. Merah muka Haikal menahan malu dan amarah apabila dipaksa menyusun kembali barang-barang yang bertaburan di lantai. Dia lihat semua itu tapi hanya dari jauh. Dia tidak mahu masuk campur kerana bimbang hubungan baik mereka terjejas. Bukan dia tidak tahu, Haikal pantang jikalau ada orang mencampuri urusan peribadinya.

******
                Haikal terbaring di atas tilam empuknya. Kata-kata Izwan bermain di fikiran.
                “Aku pun takde la pasti sangat pun tapi aku dengar students cakap macam tu. Bila aku risik-risik, macam betul. Tapi mungkin jugak benda tu salah faham je.”
                Dia mengeluh. Geram. “Aku pantang betul la dengan minah materialistic ni. Mentang-mentang la cantik, ingat halal ke duk jual badan kat orang tua gatal tu. Tak sedar diri langsung!” luah dia kegeraman.
                Dia membuka pintu almari. Drawer di dalam di tarik. Ada sebuah kotak kecil di dalamnya. Dia mengambil dan membukanya. Ada dua keping gambar di dalam nya. Dia bawa kotak itu ke katil. Lantas, gambar itu di keluarkan. Di dalam itu lagi, terdapat seutas rantai tangan mas putih bertatahkan permata. Simple, tapi cukup menarik. Dia membelek-belek rantai tangan itu. Matanya langsung tertancap pada sebaris nama yang terukir indah. Ellisya.
                Fikirannya berterbangan melayang. Dia teringatkan peristiwa di taman yang berdekatan rumahnya dua tahun yang lalu.


******      
                “I’m so sorry. I tak sengaja sayang. Maafkan I?” suara Ellisya memecah kesunyian antara mereka.
                “You tak sengaja kena tangkap khalwat dengan orang tua tak sedar diri tu? You dah belajar tinggi pun, takkan tak reti nak bagi excuse yang logik sikit kot?” soal Haikal sinis.
                “Sayangg. I mintak maaf. I betul-betul tak sengaja. I tak tahu macam mana benda ni boleh jadi. I tak kenal pon siapa Dato’ tu.” Elisya gelabah.
                “You tak payah nak bohong I. Bukan ke sebelum ni you pernah keluar dengan Dato’ tu? Yang you cakap kawan father you tu? Apa ni Ell? You ingat I ni bodoh sangat ke? Dah lama I diamkan benda ni. I tak tanya you apa-apa. I tak pernah persoalkan tindak tanduk you. Sebabnya I sayangkan you. Tapi apa yang I dapat? I tak dapat apa-apa. I tak dapat apa-apa melainkan kekecewaan!” Haikal terduduk di atas bangku yang ada berhampirannya.
                Haikal menunduk. Sungguh dia kecewa. Langsung dia tak sedar yang dia dah di tipu hampir setahun. Perempuan yang amat dia sayangi menipunya dan ada skandal dengan ahli korporat. Sakit dihatinya, hanya Allah saja yang tahu. Tak dapat digambarkan perasaan saat mendengar berita dari Izwan bahawa Ellisya telah di tangkap khalwat dengan Dato’ Ridzuan.
                Ellisya diam. Dia tidak tahu alasan apa lagi yang perlu diberikan. Salahnya sehingga dia terkantoi di depan kawan baik Haikal. Dia kehabisan idea untuk memujuk Haikal.
“Ell. Why don’t we just stop all these nonsense? I’ve had enough.” Haikal terus meninggalkan Ellisya yang masih blur.
“Sayang. Apa yang you cakap ni. You nak tinggalkan I? You memang tak sayangkan I?” Ellisya pura-pura merajuk. Mengharapkan Haikal akan memujuknya.
Haikal berpaling. “Jangan cakap soal sayang kalau you sendiri tak sayangkan diri you. We’re finished!” ujar Haikal sebelum berlalu pergi.

 ******   
                Sudah dua tahun perkara tu terjadi. Tapi tak dapat dinafikan, hatinya masih pada Ellisya. Meskipun dia tak pernah berjumpa dengan Ellisya lagi selepas peristiwa di taman itu, tapi dia tetap alert kalau-kalau ada berita soal Ellisya. Tetapi, dendamnya terhadap cinta dan Ellisya tak pernah dendam malahan makin memuncak.
                “Perempuan yang takde maruah ni perlu di ajar. Hanya tahu menyakiti tapi tak pernah rasa disakiti. Tapi aku akan pastikan mereka merasakannya. Alia, lepas ni turn kau. Just wait and see.” Dia bercakap sendirian. 



0
Komen

bab 4 :)

   Alia duduk di ruang rehat dalam perpustakaan. Mindanya memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia sedar kesalahan dia sebenarnya tapi entah mengapa keegoan dia memuncak apabila berdepan dengan mamat poyo bernama Haikal tu. Tiba-tiba telefon miliknya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia cepat-cepat menjawab apabila melihat nama ‘ibu’ tertera di skrin.
           “Assalamualaikum ibu. Apa khabar?” terus Alia menyapa ibu kesayangannya.
            “Waalaikumussalam. Ibu sihat,alhamdulillah. Kamu pulak apa khabar? Dah lama Lia tak telefon ibu. Bimbang ibu dibuatnya.”
            “Lia sihat jugak bu. Cuma sekarang Lia busy. Assignment berlambak-lambak. Tambahan pulak sekarang dah dekat dengan exam.” Alia memberitahu ibunya.
            “Oh. Macam tu. Em, baguslah kalau Lia belajar bersungguh-sungguh. Tak rugi Lia dihantar belajar ke sana. Oh ye. Sebelum ibu lupa, ibu nak bagitahu kat Lia. Tuan Syed baru je call ibu tadi. Dia tanya pasal tawaran dia tu. Apa kata Lia? Lia nak terima ke tak?”
            Alia mengeluh. Asyik-asyik soal tu. Macam takde hal lain untuk ditanyakan. “Ibu, Lia dah banyak kali cakap, kan? Lia taknak. Lia dah cukup selesa macam ni.” Suaranya sedikit tegas.
            “Yelah, itu ibu tahu. Ibu dah cakap kat dia yang Lia tak nak tapi Tuan Syed tu tetap berkeras jugak. Dia cakap yang tawaran dia tu akan sentiasa terbuka. Kalau Lia berubah fikiran dan nak terima tawaran dia, bila-bila masa je Lia boleh call Tuan Syed tu sendiri. Apa pun, Lia janganlah runsingkan kepala dengan hal ni. Ibu cuma sampaikan pesanan dari orang. Walau apa sahaja keputusan Lia, ibu dan abah sentiasa sokong Alia dari belakang.” Ucap Puan Zalina panjang lebar.
             “Baiklah ibu, Lia faham. Kalau macam tu takpelah ibu. Lia ada discussion ni. Nanti bila Lia ada masa, Lia call ibu ye.” Ujar Alia sebaik sahaja ternampak kelibat Aryana mendekatinya.
            “Yelah. Jaga diri kamu elok-elok Lia.”
            “Ye ibu. Lia tahu. Ibu pun sama. Jaga diri elok-elok. Kirim salam kat abah ye bu. Assalamulaikum.” Ujar Alia seraya memutuskan panggilan.
            “Hey babe. Kau cakap dengan siapa? Asal muka kau tak normal ni?” tegur Aryana sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Alia.
            “Muka tak normal? Aku rasa biasa je la. Tadi tu mak aku call tanya khabar.” Aryana terangguk-angguk mendengar penjelasan Alia.
“Eh marilah start discussion ni. Nanti tak sempat siap pulak. Lagipun Danny dah sampai tu.” Ujar Alia untuk mengalih topik perbualan mereka.

******

“Memandangkan kuliah hari ni dah cancel, apa kata kau teman aku pergi beli barang?” usul Alia.
Aryana memandang Alia dengan mimik malas. “Aku baru je ingat nak buat tahi mata plus peta kat bilik. Aku penat sangatlah. Kita pergi esok boleh?”
“Kau ni, macam takde kerja lainlah. Pantang ada masa terluang sikit, mesti nak membuta. Nanti takde orang nak anak dara macam kau baru tahu. Pemalas!”
“Lia, kau nak sound aku pun agak-agak la. Janganlah sampai doakan supaya takde laki nak kat aku ni. Bertimbang rasa lah sikit wahai cik Alia Natasya oi.” Aryana menarik rambut Alia yang elok terikat macam ekor kuda. 
“Ha, dah tu marilah teman aku. Nanti aku belanja kau. Jomlah.” Alia memujuk lagi. Dia menarik tangan Aryana.
“Yelah, aku teman kau. Tapi kau kena teman aku tengok wayang. Aku teringin nak tengok filem 3,2,1 Cinta. Tyra cakap cerita tu best.” 
“Ala. Aku malas la nak tengok wayang. Aku cadang nak pergi Carrefour je tadi. Kita pergi tengok wayang weekend ni la.” Alia memberi cadangan. Memang dia rasa malas sangat nak tengok wayang. Takde mood rasanya. 
“Weekend ni? Em, bolehlah. Dah tu, nak pergi beli barang dengan apa ni? Sekarang ke?” Aryana bertanya sambil matanya melirik ke arah jam di tangan.
“Naik bas, macam biasa la. Lagi mahu tanya. Kita lunch dululah nanti. Aku belanja kau. Jomlah.”
“Amboi kau Lia. Nak ajak aku teman punya pasal sampai sanggup belanja aku segala bagai. Kalau macam ni la gayanya, hari-hari aku ikut kau pun takpe. Hehe.”
“Erh, maksud aku, belanja makan aiskrim mcD dalam kon tu je. Yang harganya satu ringgit lima sen tu.” ujar Alia.
“Cis. Kurang asam punya kawan.” Aryana menjengil matanya.
“Baguslah kalau kurang. Kalau terlebih nanti, mesti masam muka aku. Kalau dah masam, alamatnya dah tak cute macam sekaranglah.” Alia mengenyitkan matanya.
“Apa-apalah Alia. Berlawan dengan kau, takkan pernahnya aku menang.” Dia menjuihkan mulutnya.
Alia tergelak-gelak. Mereka terus berjalan. Sampai sahaja di depan pintu utama fakulti mereka, tiba-tiba ada sebuah kereta Mercedes berhenti di hadapan mereka. Mereka cuma memerhatikan saja kereta yang bercermin gelap itu. Kemudian, pemandu kereta itu keluar dan mendapatkan Alia. 
“Cik Alia, maaf ganggu. Tapi Tuan Syed nak jumpa” ujar pemandu yang dipanggil Pak Man itu. 
Alia buat muka malas. “Dia ada kat dalam ke?” soal Alia. Dilihatnya, Pak Mat mengangguk. Dia mengeluh. Kalau boleh dia tak nak berhadapan dengan dengan hamba Allah yang bernama Tuan Syed itu. Dia dah bosan didesak.
Alia pandang Aryana yang  berdiri di sebelahnya. Aryana mengerutkan dahinya melihat situasi itu. Setahunya Alia anak orang kebanyakan sahaja. Bukanlah anak orang kaya ataupun berketurunan bangsawan.
“Ary,kau tunggu kejap ye.” Aryana mengangguk. Alia terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang. 
Hampir 15 minit Alia berada di dalam kereta itu. Aryana bimbang akan keselamatan Alia. Baru sahaja dia ingin mendekati kereta itu, Alia membuka pintu. Sejurus itu, dia terus menarik tangan Aryana dan berlalu dari situ. Alia perasan akan mata yang memandangnya dengan pandangan serong. ‘ah,lantaklah. Mereka tak tahu apa-apa.’ bisik hatinya. 
“Lia, siapa tu?” soal Aryana.
“Adalah. Nanti aku cerita. Jomlah kita pergi makan. Aku lapar sangat dah ni.” Alia berahsia. Aryana hairan tapi dia tak nak memaksa Alia untuk bercerita.

******

“Jom makan dekat restoran tu nak?” usul Aryana sambil jarinya menunjuk ke arah restoran Ayam Penyek. 
“Okey.” Jawab Alia sepatah. 
“Kau ni kenapa? Monyok semacam je aku tengok? Ada problem ke?” soal Aryana selepas mereka memesan makanan. 
“Takde apalah. Tiba-tiba rasa macam takde mood pulak.” Alia mengeluh.
“Pasal orang tadi tu ke?” Aryana cuba korek rahsia dari Alia. 
“Em takde lah.” Dia menggeleng. Tak mungkin dia menceritakan masalahnya berkaitan Tuan Syed tu. Dia sendiri tak tahu macam mana hendak mulakannya. ‘Ah, biarlah. Satu hari nanti Ary akan tahu juga akhirnya.’ hatinya berkata.
Aryana diam. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan Tuan Syed itu. Apa hubungan mereka. Takkan Tuan Syed tu. Eh, tak mungkin Alia buat kerja macam tu. Takpe, aku tunggu sampai dia sendiri akan ceritakan masalah dia.

0
Komen

bab 3 :)

Haikal terasa bajunya basah. Dia berpaling ke belakang. “Shit!” ujarnya apabila melihat baju dibahagian belakangnya penuh dengan kesan air milo. Merah mukanya menahan marah. Dia berpaling ke Alia.
                “Awak lagi, awak lagi. Asal saya jumpa awak, ada je benda tak elok nak jadi!” Haikal marah-marah. Dia pandang Alia macam nk telan orang je lagaknya. Izwan yang melihat tutup mulut untuk menahan ketawa. ‘Dia ni ke awek yang Haikal cerita. Cun. Tapi kawan dia lagi cun.’ Dia pun tersenyum saat bertentang mata dengan Aryana.
                “Sorry” ujar Alia sepatah.
                “Sorry naik lori. Baju saya apa cerita ni?” soal Haikal kasar.
                Alia pandang baju Haikal. ‘Hm, baju polo warna putih pekena dengan air milo. Memang cun’ Alia tersengih-sengih pandang Haikal. Haikal semakin membara melihat tingkah Alia.
                “Apa sengih-sengih?”
                “Kenapa nak marah-marah pulak. Bukan saya yang salah pun. Awak tu yang bangun macam robot kenapa? Tengoklah dulu kot-kot ada orang lalu kat belakang awak ke,apa ke. Kan dah jadi problem macam ni. “
                “Ahh. Tak payah nak membebel. Saya ada kelas kurang dari setengah jam dari sekarang. Sekarang awak cuba cakap kat saya,macam mana saya nak masuk kelas dengan baju kotor macam ni?!” Haikal marah lagi.
                “Ala, ponteng aje lah. Macam tak pernah buat kot?” Alia buat muka.
                “Eh,hello. Memang saya tak pernah buat okey. Mungkin rupa saya nampak macam kaki ponteng, tapi saya bukan macam tu! Kalau tak percaya, boleh tanya Izwan.” Serentak itu Haikal menoleh kea rah Izwan.
                “Haa. Betul lah tu. Haikal memang bukan kaki ponteng pun.” Ujar Izwan beria-ia.
                “Well, kalau tak pernah pun, bila lagi nak merasa buat macam tu kalau bukan sekarang. Am I right my dear Aryana?”
                Aryana mengangguk. Izwan menggeleng-geleng kepalanya. Haikal mengeluh. Tension dia dengan Alia. Alia bingung memikirkan jalan keluar dari situasi itu.
                “Takpe lah Haikal ye. Kitorang ada kerja lah. Assalamualaikum.” Alia terus menarik tangan Aryana dan berlalu dari situ. Aryana menoleh ke arah Izwan lalu memberikan senyuman paling manis untuk Izwan.
                Haikal terkedu apabila Alia berlalu. “Apa jenis perempuan lah minah tu.?” Dia mengomel tanpa menyedari bahawa Izwan sedang mendengarnya.
                Izwan ketawa. “Alahai Haikal. Kesian dekat engkau. Baru je kau ada cita-cita nak kena kan dia, terus mandi milo ais. Hebat betul si Alia tu erk?”
“Haaa.. Gelak lah kau puas-puas. Bila kau dah merasa macam apa yang aku rasa sekarang, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.” Haikal bercakap dengan penuh semangat. Izwan tergelak lagi.
“Wan, kau kena tolong aku. Nak ke, tak nak ke, wajib tolong.”
“Tolong apa?” soal Izwan teragak-agak.
“Tolong aku dapatkan info pasal Alia tu. Sebelum kau nak membantah, aku nak cakap dulu. Aku tau kau syok dekat kawan Alia tu. So,kalau kau tolong aku, akan ada benefit jugak untuk kau nanti. So, amacam?” Haikal mengangkat keningnya.
“Okey, aku setuju. Tapi kau kena belanja aku kalau aku dah berjaya nanti.”
“Yang tu takde hal tapi make sure kau berjayalah.”
Haikal terus menggalas beg laptop yang berada di atas kerusi bersebelahan dia. “Aku chow dulu lah”
Izwan hairan. “Kau nak ke mana. Lagi 15 minit kita ada kelas kan.”  Izwan mengingatkan.
“Ye, aku tahu. Tapi aku pasti kau tahu yang aku takkan masuk kelas dengan keadaan macam ni kan?”
“Ops. Lupa.”
“Okeylah. Malam ni tempat biasa.” Haikal terus berlalu ke keretanya.

*****

                “Assalamualaikum” Haikal memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Memang itulah yang diajar oleh ibu bapanya sejak kecil lagi.
                “Waalaikumussalam. Hai. Kenapa monyok aje muka anak mama hari ni? Awal pulak baliknya. Semalam cakap kelas sampai petang? Eh, kenapa baju bertompok-tompok tu? Kena apa Carl?”soal Puan Sri Diana bertalu-talu.
                “Ma, tanya satu-satu boleh tak? Ni tak. Carl tak sempat jawab first question, mama dah tanya benda lain pulak.” Ujar Haikal lalu duduk berhadapan dengan Puan Sri Diana.
                “Yelah yelah.sekarang mama tanya semula. Baju tu kenapa? Pagi tadi rasanya macam putih bersih aje warnanya. Sekarang dah transform colour ke?” Puan Sri Diana menyoal.
                “Baju ni? Ada orang tumpahkan air tadi. Mama tahu tak, dua kali Carl jumpa dia, dua kali Carl kena langgar. Sakit hati betul. Tadi lepas dia langgar Carl, dahlah dia tak mintak maaf, tapi dia siap salahkan Carl pulak sebab bangun dari kerusi tak tengok kiri kanan. Padahal dia tu pun tak tengok jalan jugak. Sibuk berborak dengan kawan dia aje. Pastu dia terus blah macam tu aje dengan kawan dia. Sebab tu Carl balik awal. Tak mungkin lah Carl nak masuk kuliah dengan baju kotor macam ni.” Panjang lebar Haikal bercerita. Puan Sri Diana yang mendengar hanya tergelak. Dia menggeleng-geleng kepalanya.
                “Panjang lebar anak mama bercerita hari ni. Haha. Carl kenal ke dengan orang yang langgar Carl tu?” soal Puan Sri Diana lagi.
                “Kenal sangat tu takde la ma. Tapi nama dia Carl tahu la.Alia nama dia. Alia ni junior Carl. Baru first sem, ma.”
                “Oh, perempuan ke yang langgar Carl tu? Entah-entah dia syok kat Carl tak? Saja la tu dia nak cari perhatian Carl.” Tebak Puan Sri Diana.
                “Tak mungkin lah mama. Cara dia bercakap tu macam orang yang takde feeling langsung. Membara betul hati Carl setiap kali pandang muka dia.”
                Puan Sri Diana tersenyum. Jarang benar anak dia yang sorang ni merungut pasal perempuan. Dah la merungut, boleh buat hati anak terunanya itu membara lagi. Hebat betul perempuan yang boleh buat macam tu kat anaknya. Almaklumlah, anaknya ini ramai peminat. Semua orang berlumba-lumba untuk menjadi kawan kepada anaknya tapi perempuan yang diceritakan Haikal seperti tidak kisah langsung dengan status yang ada pada anaknya. Mungkin anaknya patut berteman dengan perempuan seperti ini.
0
Komen

bab 2 :)

‘Aik, kenapa minah ni diam je. Ada orang punyalah handsome duduk kat tepi dia,dia blh buat derk je. Hairan bin ajaib ni.’ Haikal berfikir.

“By the way, I’m Haikal. Dia memberitahu namanya kepada gadis di sebelahnya. Tapi gadis itu tak mempedulikan Haikal langsung. ‘Sombongnya minah ni!’

Kemudian Haikal meneruskan pemanduan dengan kelajuan sederhana memandangkan hujan sudah mula turun dengan lebat. Alia berterusan melihat ke luar tingkap. Tapi sebenarnya dia sedang memikirkan satu perkara yang merunsingkan kepalanya.

Setelah hampir 15 minit dalam perjalanan, kereta yang dipandu Haikal masuk ke dalam pagar universiti. “awak tinggal di blok mana?”

Alia tiba-tiba tersedar mendengar suara Haikal. “Saya tinggal dekat Blok Anggerik. Eh, mana awak tahu saya belajar dan tinggal dekat sini?” soal Alia. Dia hairan kerana seingatnya dia tak pernah memberitahu apa-apa pun kepada Haikal. Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri sahaja di dalam kereta.

“Saya pernah nampak awak dekat kampus sebelum ni. Disebabkan awak ni junior, saya boleh agak yang awak tinggal di hostel.” ujar Haikal seraya memberhentikan keretanya di hadapan blok Anggerik.

“Terima kasih” ucap Alia sambil tangan kirinya membuka pintu kereta. Namun belum sempat dia keluar, Haikal menarik tangannya.

“Saya dah cakap nama saya tadi tapi awak belum lagi kan?”

“Haa? Bila masa awak bagitahu? Saya tak dengar pun.

‘Oh. Dia tak dengar rupanya. Aku ingatkan dia saja buat tak tahu tadi.’ Haikal sengih. “Nama saya Haikal. Awak boleh panggil saya Carl. Nama awak?”

“Alia. Nama saya Alia. Okeylah Haikal, saya masuk dulu. Dah lewat ni. Drive carefully. Assalamualaikum.” Alia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan asramanya.

Haikal memandang Alia sehingga bayang Alia hilang dari pandangan matanya. ‘Drive carefully.’ Dia teringat pesanan Alia tadi. Tidak pernah lagi sesiapa berpesan macam tu pada dia selain mama. “Alia, tak sabar nak jumpa awak lagi lepas ni.” Dia bercakap sendirian. Kemudian dia menekan pedal minyak untuk keluar dari kawasan asrama.

*****
“Eh Alia. Kenapa dengan kaki engkau ni? Tadi aku tengok macam okey je?” soal Aryana sebaik saja Alia melangkahkan kaki masuk ke bilik.

“Aku jatuh terlanggar manusia berupa dinding tadi.” Alia bersuara perlahan.

“Kau langgar apa? Aku tak dengarlah Lia.”

“Aku terlanggar orang tadi. Pastu aku terjatuh gedebuk. Jadilah kaki aku macam ni. Tapi bukan teruk pun. Esok okeylah ni.” Alia menepuk bahu Aryana.

Aryana Iylia. Itulah sahabat baiknya sejak dia melanjutkan pelajaran di universiti. Sudah hampit setahun mereka menjadi roommate,classmate dan segala-gala mate yang ada kecuali coffee mate. Memang diakui, dia sangat rapat dengan Aryana. Aryana sangat prihatin akan dirinya. Mungkin kerana Aryana merupakan anak tunggal, jadi dia tidak mempunyai sesiapa untuk ditunjukkan sikap prihatinnya itu.

Aryana keluar dari bilik untuk ke bilik air. Tapi tak sampai 2 minit, mukanya tersembul disebalik pintu balik.

“Lia. Aku dengar Elly dengan Tyra cakap, kau balik tadi ada orang lelaki hantar. Betul ke?” soal Aryana.

Alia mengeluh. Dia sebenarnya dah malas nak sebut pasal mamat yang bernama Haikal itu. Tetapi dia tak mahu Aryana bersangka buruk dengannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dia menceritakan semuanya yang terjadi di tasik petang tadi.

Aryana terlopong mendengar cerita Alia. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. “Tak sangka betul aku Alia Natasya yang sopan lagi ayu ni garang jugak rupanya. Haha…” dia ketawa lagi. Sampai berair mata dibuatnya.

“Ary! Engkau ni apa pasal. Aku cerita, kau ketawa pulak!” Alia bengang. Entah kenapalah Aryana ketawa. Bukannya kelakar pun.

“Takde lah. Kenapa kau pergi sembur mamat tu? Sah-sah dia malu. Saham jatuh tu babe!” dia ketawa lagi. “Eh.mamat tu handsome tak?” dia mengangkat keningnya.

“Okey aje kot. Tapi aku rasa kalau kau dah tengok dia,mahu terbelalak mata tu.” tempelak Alia.

“Hm. Sounds interesting. Orangnya macam mana erk?”

“Dia tinggi. Tegap. Kulit cerah. Agak stylo dengan fesyen rambut yang tercacak macam landak tu. Aku rasa dia anak orang kaya kot. Dia pakai kereta mewah.”

“Tinggi. Kulit cerah. Rambut tercacak. Pakai kereta mewah. Macam aku kenal je siapa.”

“Siapa Ary? Kau betul-betul kenal ke ni?”

“Eyman Haikal. Alaa. Kau tak kenal ke? Dia tu kan senior kita. Masa orientasi dulu, dia kan ada. Dia yang incharge group aku tu.

Alia diam. ‘Patutlah dia cakap pernah nampak aku. Dia senior kat sini rupanya. Tapi aku tak pernah pulak jumpa dia sepanjang setahun aku belajar kat sini. Tapi bukannya sikit student kat sini. Memamh logiklah kalau aku tak perasan dia kan. Ish. Nanti mesti dia dah cam muka aku. Janganlah dia buat serangan balas kat aku. Alia,Alia. Apa pasal kau buat macam tu tadi’ tanpa sedar dia tepuk dahinya sendiri.

“Kau apa kes? Dari kau tepuk dahi macam tu, baik engkau pergi hantuk dahi kau kat dinding tu. Kasi sedar sikit. Dari tadi asyik berkhayal je.”

Em. Em. Aku tak kenal orang yang kau cakap tu tapi mamat yang aku langgar tadi tu, nama dia memang Haikal. Dia tahu aku study kat sini sebab dia cakap dia pernah nampak aku kat kampus.

“What?!” Aryana menjerit. “Biar betul kau ni Lia.” Kata Aryana tidak percaya. Dia melihat Alia mengangguk. “Haha.. kau tahu tak,betapa ramai students dekat U kita ni nak dekat dengan Haikal tapi kau? Kau siap bidas dia lagi. Aku rasakan, nanti dia mesti cari engkau semula.” Dia sengaja menakutkan Alia.

“Err. Aku tak tahu Ary. Bukan salah aku pun. Kau agak dia akan balas dendam kat aku ke?” ujar Alia taku-takut.

“Entah. Aku pun tak tahu. Eh. Kita cakap pasal hal ni nanti lah. Aku nak pergi mandi dulu.” Aryana keluar dari bilik mereka.

*****
“Alia, jom kita jengah cafĂ©. Aku dahaga tahap cipan ni. Jomlah.” Aryana mengajak.

            Asalnya Alia tak mahu mengikut. Tapi memandangkan Aryana beria-ia memujuk Alia, akhirnya dia bersetuju untuk mengikut. Dia berjalan perlahan kerana kakinya masuh belum pulih sepenuhnya.

            “Kau ada jumpa Haikal tak hari ni?” tanya Aryana.

            “Tak pun. Kenapa kau tiba-tiba tanya?”

            “Saja je. Hehe. Eh. Kau tunggu kat sini. Biar aku pergi beli air. Kau nak milo ais ke?” Alia cuma mengangguk.

            Tak sampai 10 minit, Aryana datang dengan membawa dua gelas air. Satu dihulurkan kepada Alia. “Thanks Ary.”

            “Welcome. Eh, kat situ ada meja kosong. Jom.” Mereka terus berjalan ke meja kosong yang dimaksudkan Aryana tadi. Mereka menatang air dengan hati-hati melalui meja-meja yang diduduki pelajar.

*****
            “Eh Haikal, kau ni kenapa? Tertoleh kanan, tertoleh kiri. Kau cari orang ke?” soal Izwan.

            “Ha’ah. Aku cari minah senget semalam tu”

            “Minah senget? Sejak bila kau pandai bagi nickname kat orang ni Carl? Haha. Dah yang kau cari dia buat apa pulak. Nak kenakan dialah tu?”

            Haikal senyum. “Kau ni tahu-tahu je kan.” Dalam kepalanya sudah berkira-kira untuk kenakan Alia.

            “Eh, aku nak pergi library jap. Nak ikut?” soal Haikal.

            Izwan menggeleng. “Aku jumpa kau dalam kelas nanti je lah.”

            “Okey. Aku chow dulu.” Serentak itu, dia terus bangun tanpa amaran. Tiba-tiba..

            “Opocot mak engkau!” terdengar suara Alia melatah.

0
Komen

bab 1 :)

Angin bertiup dengan agak kuat petang ini. Dingin rasanya. Alia menyelak rambutnya yang berjuntai didahinya ke belakang. Dia mendongak ke atas. Kelihatan di langit, awan mendung sedang rancak berarak. ‘Mungkin malam nanti akan hujan’ desis hati Alia. Dia melirik jam di pergelangan tangannya. ‘Sudah hampir 6.30 petang rupanya. Sekejap saja masa berlalu’ desis Alia lagi.

            Memang hampir setiap hari dia datang ke tasik ini. Kebiasaannya dia akan pulang sebelum pukul 6 petang. Tapi petang ni, entah kenapa dia belum mahu pulang sedangkan jarum jam sudah menunjukkan 6.30 petang.

            Ya. Dia memang gemar datang ke sini. Apabila melihat tasik, hatinya terasa tenang dan damai. Sebetulnya, dia suka melihat pantai dan laut. Tapi memandangkan dia melanjutkan pelajaran di universiti yang terletak di tengah bandaraya, dia hanya mampu untuk melihat tasik buatan manusia sahaja. Kebetulan pula, tasik ni terletak berdekatan dengan tempat dia belajar. Jadi, senanglah baginya untuk datang ke sini apabila mempunyai masa lapang.


*****

            “Alia, kamu kena ingat, belajar sungguh-sungguh. Bukan senang kita nak dapat peluang keemasan macam ni. Jangan pulak kamu sia-siakan peluang yang diberi ni.” Puan Zalina memberi nasihat kepada sambil menolong Alia mengemas.

            “Iye bu. Lia tahu. InsyaAllah Lia akan belajar sungguh-sungguh nanti. Lia nk balas budi Tuan Syed. Lia janji dengan ibu, Lia takkan hampakan harapan ibu, abah, adik dan juga Tuan Syed. Doakanlah kejayaan Lia ye ibu.” Ujar Alia panjang lebar.

            Alia peluk ibunya. Dia merasa sedih kerana perlu berjauhan dengan keluarganya. Dua hari lagi dia akan mendaftarkan diri di sebuah universiti terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Bermakna cuma dua hari saja lagi tinggal untuk dia bersama keluarga tersayang sebelum dia melangkah ke dunia baru di kota metropolitan itu.


*****

            ‘Arghh,kenangan tu datang lagi.’ Alia pejamkan matanya. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Dia cepat-cepat menggalas beg sandangnya untuk pulang. Dia berjalan terburu-buru tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba…

            “Bukkk!”

            Alia terjatuh. Rupa-rupanya dia terlanggar seseorang yang datang dari arah kanannya.

            “Hei, kau ni apasal? Tiba-tiba je muncul depan orang. Buta ke apa?” lelaki itu marah-marah sambil menyimpan Blackberry kepunyaannya ke dalam poket short pants yang dipakainya.

            Alia terpinga-pinga. Dia mendongak untuk melihat orang yang dilanggarnya. ‘Mak aih. Punya la besar mamat ni. Tinggi semacam je. Dinding pun boleh pecah kalau berlanggar dengan dia ni’ Alia tersengih-sengih.

            ‘Aik, apa pasal dengan minah ni. Aku marah punyalah sepenuh hati, dia boleh sengih-sengih macam kuda pulak.’ Bisik hati Haikal.

            “Hei. Hello? Dengar tak?” soal Haikal sambil melambaikan tangannya di depan muka Alia.

            “Ya. Er,ma ma  maaf. Ss saya tak sengaja tadi. Langsung tak nampak awak tadi.” Ujar Alia tergagap-gagap.

            “Huh, iyela tu. Lain kali, kalau dah ada mata tu, guna! Jangan nak letak kat kepala lutut.!” Marah Haikal lagi.

            “Hello brother. Yang awak beria sangat nak marah saya ni apa pasal? Saya dah mintak maaf kan? By the way, yang jatuh sekarang saya kan? Yang sakit pun saya jugakkan? Lagipun, yang awak berjalan sambil main handphone tu apa kes? Pastu nak salahkan saya pulak?” bidas Alia yang bengang dengan tingkah Haikal.

            Haikal terkulat-kulat apabila dengar kata-kata Alia. ‘Ish, boleh tahan jugak minah ni. First time aku kena sembur kaw-kaw macam ni. Buat malu je’ Dia menghulurkan tangan untuk membantu Alia berdiri.

            Alia tidak mempedulikan huluran tangan Haikal. Dia berusaha untuk bangun sendiri. Tapi, baru saja dia hendak berdiri dengan betul, dia hampir terjatuh balik. Mujur saja Haikal sempat mencapai bahunya.

            “Itulah. Orang nak tolong tapi sombong. Ingat kaki awak tu okey sangat ke? Marilah saya hantar awak balik.”ujar Haikal sambil memapah Alia. “Sebelum awak nak membantah, dengar saya nak cakap dulu. Cuba awak tengok jam. Dah hampir pukul 7 kan. Dah lewat. Hujan pulak tu. Mampu ke awak nak balik sendiri dengan kaki awak yang macam tu?” dia senyum mengejek.

            Alia diam. Dia berfikir akan kebenaran kata-kata lelaki di hadapannya itu. ‘Memang la betul, tapi aku tak berani lah nak ikut mamat ni. Silap-silap dia jual aku kat Siam. Mampus aku. Kaki pulak macam ni, memang sah la tak sempat lari nanti.’

            “Ikut je lah. Saya bukan orang jahat pun. Takde maknanya saya nak jual awak kat mana-mana. Niat saya ikhlas nak hantar awak balik.”

            ‘Aik,dia boleh baca ke apa yang ada kat dalam kepala aku ni?’ Alia hairan betul dengan lelaki di hadapannya itu. Melihatkan Alia senyap tanpa apa-apa reaksi,Haikal memimpin tangan Alia ke kereta BMW 3series miliknya. Kemudian dia membukakan pintu untuk Alia. Alia cuma mengikut saja rentak Haikal. Malahan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk mengikut lelaki yang tidak dikenalinya itu.