5
Komen

bab 7 :)


                Dan dengan tak disengajakan, milo ais tu pun tertumpah ke atas tangan kanan Haikal. Dia mengetap gigi sekuatnya menahan amarah yang makin memuncak. Dengan kadar segera dia bangun dan berlalu ke sinki berhampiran untuk membersihkan kesan tumpahan.
                “Kau ni kenapa? Tak habis-habis cari pasal dengan mamat tu. Duduk diam-diam tak boleh ke?” marah Aryanna.
                “Aku, aku tak sengaja lah Ary. Nanti aku minta maaf lah.” Ujar Alia.
                Dia melihat Haikal yang datang semula ke meja tu. Kelihatan kemeja yang dipakai Haikal comot di bahagian lengan telah disingkap hingga ke lengan. Haikal terus duduk tanpa mempedulikan Alia yang merenungnya. Malas mencetus perbalahan antara mereka.
                “Haikal, I’m sorry. Kali ni memang saya mengaku, saya salah. Maafkan saya?” Alia menayang muka kasihan. Sejuk mata Haikal memandang.
                “Wah, terer la Alia ni. Memang sepuluh langkah ke depan. Peristiwa kat Carrefour minggu lepas tu pun Carl tak sempat nak balas lagi, dia dah buat onar lagi.” Izwan memerli Alia. Malu Alia dibuatnya. Apatah lagi bila Aryanna dan Izwan gelakkan dirinya. ‘Tebalnya muka. Rasa nak menyorok kat dalam guni je. Haih.’
                “Alia, awak nak saya maafkan awak?” alia yang mendengar soalan cepumas itu terus mengangguk laju. ‘Siapa yang taknak cik abang oi. Eh,cik dengan abang? Yang mana satu ni. Ehh, apa yang aku mengarut ni?’
                “Okey, tapi saya ada syarat. Boleh?” Haikal pura-pura jual mahal. Dia tahu inilah peluang terbaik untuk berbaik dengan Alia dan seterusnya melancarkan misi membalas dendamnya itu.
                “Boleh. Apa-apa syarat yang tak melanggar syariat Islam, semuanya saya akan ikut.” Ujar Alia penuh yakin.
                “Kalau saya cakap jadi maid saya untuk sebulan boleh?”
                “Haa? Tapi..”
                “Rasanya ia tak melanggar syariat kot? Izwan kan?” izwan mengangguk-angguk.
                “Okeylah.” Dia menunduk. Kesal kerana mulut nya terlajak kata.
                “Takde lah. Syaratnya, saya nak awak basuh baju saya ni? Tu aje. Boleh kan?” dia melihat Alia tersengih sambil menganguk. “Tapi kalau awak betul-betul nak jadi maid saya pun takpe. Haikal tak kesah.” Sambung nya lagi dengan menggunakan nada iklan ‘Aiman tak kisah’
                “Taknak la saya. Ingat saya ni takde keje sangat ke nak jadi maid awak?”
                “Eh, bukan memang awak takde keje ke? Sebab tu asyik kenakan saya. Kan?”
                Alia tersipu malu. “Tu saya tak sengaja lah. Saya mintak maaf.”
                “Basuh baju saya ni dulu, then saya maaf kan awak. Sehingga itu, friends?” soal Haikal sambil menghulurkan tangan kanan sebagai tanda perkenalan secara rasmi antara mereka.
                Alia tersenyum dan menyambut huluran tangan Haikal. “Friends”
                “Nama saya Haikal, tapi tolong panggil saya Carl.”
                “Saya Alia. Carl boleh panggil saya Lia. Harap Carl boleh lupakan apa yang pernah jadi antara kita sebelum ni.” Haikal hanya mengangguk. ‘Maaf tapi tak mungkin aku boleh lupa bila dimalukan di khayalak ramai, Alia.’
******        
                Alia menyidai kemeja milik Haikal yang baru selesai dibasuhnya itu ditempat penyidai. Dia menarik nafas kelegaan. Settle pun. Dia tersenyum.
                “Amboi, sejak dah termaktub perjanjian damai antara Haikal dan Alia ni, makin lebar aku tengok kau senyum kan.” Tegur Aryanna yang asyik memerhatikan tingkahlaku Alia.
                “Hish, ada-ada je kau Ary. Aku biasa-biasa je la. Siapa tak lega kalau kau dah bebas kan. Tak payah nak ketakutan macam hari tu lagi.” Ujarnya sambil berbaring di atas katil.
                “Ala, tu kau punya hal. Yang sengaja tempah masalah dengan Haikal apa pasai? Nasib baik sekarang dah okey. Aku pun memang tak larat dah nak tengok korang asyik gaduh. Anjing dan kucing pun tak macam korang tau tak?” Aryanna membebel.
                “Yelah-yelah, aku tahu lah. Sekarang kan aku dah tak gaduh dengan dia lagi. So, kau boleh tenang la pasni. Puas hati kau?”
                Aryanna mengangguk-angguk. “Tapi apa-apa pun kau kena berhati-hati sikit. Dia tu buaya emas tau. Juara mengayat. Jaga sikit perasaan kau terhadap dia. Jangan mudah tangkap cintan dengan Haikal tu.” Pesan Aryanna.
                “Kau jangan tuduh orang sembarangan. Tak baik lah. Aku tengok dia baik je. Mudah pulak mesra. Cuma dia sifat perasan bagus je lah.” Komen Alia pula.
                “Haikal memang baik dan mudah mesra. Itu aku tak nafikan tapi kau kena ingat, kita nak nilai hati orang bukan dari luarannya. Dia memang legend la kat sini. Jangan lupa pulak pesan aku ni tau.!” Alia mengangguk.”eh, dah 8.45 lah. kita dah lambat nie.” Segera dia bangun dan menyalin pakaian. Ringkas dengan sehelai t-shirt lengan panjang dan seluar bermaterial denim.
                “Kau nak pergi mana?” soal Alia hairan.
                “Engkau! Tolong jangan nak buat-buat lupa sangatlah. Lupa ke nak keluar dengan Haikal dan Izwan.?”
                Alia menepuk dahi. “Adeyh. Aku betul-betul lupa la Ary.” Serentak itu, telefon bimbit Alia berbunyi menandakan ada SMS masuk.
                Sebenarnya mereka dah merancang untuk keluar sebagai tanda pengenalan dengan cara baik. Almaklumlah, setiap kali bertemu, ada sahaja perkara nak jadi. Oleh itu, Haikal mengajak mereka keluar untuk berbaik dan sekaligus, Haikal sebenarnya ingin menjalankan rancangan jahat yang di aturkan untuk Alia.
                ‘kitorg dh smpai. Ktorg tggu kat bawah.’
                “Diorang dah sampai la Ary.” Ujarnya kepada Aryanna.
                “Dah tu, apa lagi. Cepatlah bersiap. Cepat, cepat!!” dia menggesa Alia.
                “Yelah. Yelah.”
***** 
                10 minit kemudian, Alia dan Aryanna turun ke bawah kolej yang didiaminya. Dari jauh dia sudah mengecam kereta milik Haikal memandangkan dia sendiri pernah menaiki kereta itu.
                “Hai, lamanya baru nak turun. Ingatkan bersiap ala-ala macam Cinderella tadi.” Usik Izwan selepas mereka masuk ke dalam kereta. Alia mengambil tempat di belakang pemandu manakala Aryanna duduk di sebelahnya.
                “Err. Sorry. Kami tengah syok sangat berborak tadi. Sampai lupa nak keluar dengan korang malam ni.” Aryanna explain situasi yang sebenarnya. Alia hanya menganggukkan kepalanya.
                “So, kita nak pergi mana ni?” soal Aryanna.
                “Em. Kita pergi makan, then tengok wayang. Nak tak? Boleh Alia?” soalnya sambil memandang cermin pandang belakang untuk melihat wajah ayu Alia.
                “Boleh je. Jangan bawak kitorang pergi tempat mengarut sudah.”
*****
                “sekarang nak pergi beli tiket dulu ke nak pergi makan dulu?” soal Haikal apabila sampai ke Jaya Jusco itu.
                “Makan dulu jom? Lapar sangat dah ni.”
                “Okey. Nak makan apa ni? Nak fast food ke, nasi ke? Alia. Aryanna. Macam mana?”
                “Fast food pun okey.”  Kata Alia. Terus saja mereka masuk ke dalam restoran McDonald yang sememangnya berdekatan dengan mereka.
                Setengah jam kemudian mereka menuju kea rah panggung wayang yang terletak di level 2. Filem final destination 5 3D menjadi pilihan Aryanna. Alia pula lebih memilih filem Spy kids 3.
                Akhirnya tiket dibeli. Masam wajah Alia kerana terpaksa menonton filem yang mengerikan itu. Padahal, dia bukan lah suka sangat tengok cerita macam tu. Tapi dia terpaksa turutkan juga memandangkan Haikal, Izwan dan Ary teringin sangat menonton cerita tu. ‘redha je lah’ desis hatinya lagi.
                Lega hati Alia apabila filem itu habis ditayangkan. Terseksa matanya melihat aksi-aksi yang boleh buat dia tak tidur malam. Dia berjalan beriringan dengan Haikal apabila keluar dari panggung wayang.
                “Awak okey tak ni? Takut sangat ke tadi?” soal Haikal.
                “Lia okey je. Cuma tadi ngeri sangat citer tu. Tak mampu rasanya nak tengok lama-lama.” Jawab nya sambil tertunduk. Malu dia mengingatkan tingkahnya dalam pawagam sebentar tadi. Menyembunyikan wajah di sebalik lengan Haikal apabila ada aksi yang terlalu ngeri baginya.apatah lagi dia menonton versi 3D. semuanya nampak seperti betul-betul jadi didepan matanya. ‘sumpah tak nak tengok dah.’
                “Oh. Saya tak sangka Lia akan takut sampai macam tu sekali. Nanti kita keluar, biar Lia yang buat pilihan ye?”
                Alia cuma mengangguk sahaja. “Carl, tadikan Carl asyik tanya pasal Lia dengan Ary je. Tak citer apa pun pasal Carl. Kenapa? Lia kan nak tahu jugak pasal Carl.”
                Haikal hanya tersenyum. “Hm. Dah hampir tengah malam ni. Jomlah Carl hantar balik.”




bersambung~

5 comments:

NiA DaRnEs(Nur Ain Syahira) said...

nk smbungan lg...ape plan jht tu..=)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

carl ni cam ncem je kan? ahahaha :)

Najwa Ghazali said...

ap yg menampakkan dia tu handsome erk?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

cara dia kot...hehhee

ketua kampung said...

menanti sambungan bab 8 dengan penuh kesabaran.hihi
;)