5
Komen

bab 12 :)



            “Ary, kau okay tak ni?” soal Alia. Pelik dia melihat gelagat Aryana sejak pulang lepas maghrib tadi.
            “Okay.” Jawabnya sepatah.
            Alia melangkah ke katil Aryana. Dia duduk berhadapan Aryana yang sedang bersandar di kepala katil.
            “Ary, kau kenapa? Faizul dah buat apa sampai kau diam je ni. Cuba bagitahu aku.” Aryana diam.
            “Ary, aku mintak maaf kalau kau rasa aku memaksa kau tapi aku sebagai kawan kau, aku risau tengok kau macam ni. Kalau ada apa-apa, kau boleh ceritakan kat aku bila-bila masa je yang kau nak.” Alia menepuk-nepuk perlahan kaki Aryana.
            “Liaaaaa.” Serta merta dia terus memeluk Alia. Teresak-esak dia menangis dibahu Alia. Habis basah baju Alia dengan air mata Aryana.
            Alia membiarkan sahaja tangisan Aryana. Hampir 15minit Aryana menangis. Hingga kering airmatanya. Alia mencapai kotak tisu di atas meja dan menghulurkannya kepada Ary.
            “Thanks Lia.” Aryana mengesat airmatanya. Sudah lama dia tidak menangis seteruk itu. Nasib baik Alia ada untuk meminjamkan bahunya. Kalau tidak, entah macam manalah dia tadi.
            “My pleasure. So sekarang, tak nak cerita apa yang jadi?” soal Alia berhati-hati.
            Aryana menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk bercerita.
            “Kau tahukan, hubungan aku dengan Faizul tu macam mana. Hari tu, aku dah bagitahu kat dia yang aku tak nak teruskan hubungan kitorang. Aku tak tahan sebab dia asyik berkasar dengan aku. Kalau kau nak tahu, dia pernah tampar aku dua kali. Turutkan perasaan sayang, aku cuba bertahan. Aku kuatkan diri aku. Aku tak menangis. Tapi bila aku dah nekad nak pergi dari hidup dia, dia taknak lepaskan aku. Dia tuduh aku curang sebab dia pernah nampak aku dengan Izwan masa kita keluar berempat malam tu. Aku betul sayang dia tapi dia tak pernah nak percaya. Tadi masa aku jumpa dia, aku hilang sabar betul bila dia cakap aku tak pernah puas dengan sorang jantan. Terus aku panggil dia gila talak. Masa tu, aku dalam kereta dia. Kitorang kat tepi pantai. Dia marah sangat-sangat hinggakan dia..” Aryana berjeda seketika.
            Alia mengangkat keningnya sebagai tanda supaya Aryana meneruskan ceritanya.
            “Dia cuba rogol aku.” Alia menutup mulut kerana terkejut. “Tapi disebabkan kitorang ada dalam kereta, pergerakan dia agak terbatas. Aku sempat tumbuk muka dia dan masa tu lah aku blah dari situ. Aku tak sangka dia punya tahap gila seteruk tu. Tapi aku tak sanggup pulak nak laporkan dekat polis pasal ni.” Aryana menamatkan ceritanya.
            “Habis, kau okay lah ni?” soal Alia lagi.
            “Aku okay. Aku kan brutal. Tak mainlah nak menangis tujuh hari tujuh malam sebab lelaki tak guna macam tu. And the most important part is, thanks to Izwan sebab nasihat dialah, aku dapat keyakinan untuk buat keputusan macam ni.” Aryana tersengih.
            “Kau suka Izwan eh?”
            “Suka lah jugak. Dia baik tapi buat masa ni aku anggap dia sebagai kawan aku lah. Aku nak lupakan Faizul dulu buat masa ni.” Jawabnya.
            “Takpelah. Mana-manalah asalkan kau bahagia. Aku sebagai kawan kau hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kau. Dah, jom tidur.”
            “Jom!” jerit Aryana kuat.
****** 
            Keesokan petang Alia meminta Aryana menemaninya keluar bersama Haikal. Serik dibuatnya untuk keluar berdua dengan Haikal. Haikal mengajak mereka berdua pergi minum petang di Secret Recipe. Baru sahaja melabuhkan punggung, tiba-tiba Izwan muncul. Sememangnya Haikal yang memberitahu tentang keberadaan mereka di situ.
            Alia memilih kek white chocolate macadamia manakala Haikal memilih black forest cheese cake untuk dijamu. Aryana pula lebih berminat untuk mengikut Izwan pusing-pusing di sekitar mall itu. Tinggallah mereka berdua disitu.
            Kesempatan itu diambil Haikal untuk meluahkan perasaannya terhadap Alia.
            “Lia, sudi tak Lia jadi girlfriend Carl? Carl betul sayangkan Lia. Kalau Lia sudi, Carl harap kita serius.” Entah apa ayat yang dituturkannya Haikal sendiri tak sedar. Yang dia tahu, dia ingin suarakan hasrat hatinya kepada Alia.
            Alia terdiam tanpa kata. Dia tidak sangka Haikal akan meluahkan perasaannya seperti itu. Memang hatinya sudah terpaut tetapi..
            “Emm. Lia takde jawapan untuk itu Carl. Maaf.”
            “Lia, itu bukan jawapan yang saya nak dengar.” Tegas Haikal.
            “Yang awak macam memaksa ni kenapa? Saya dah cakap saya takde jawapan untuk soalan awak tu.” Ujar Alia.
            “Saya bukan paksa awak Lia. Tapi hati saya akan terima antara dua sahaja jawapan dari awak. Sama ada awak terima saya atau tak. Itu aje.” Haikal mengeluh.
            “Kalau macam tu, jawapan saya tidak! Saya tak boleh terima awak.” Alia menunduk.
            “Tapi kenapa Alia? Dari reaksi awak sepanjang kita berkawan, saya boleh rasa chemistry antara kita. Saya yang tersilap atau awak yang menipu?” soal Haikal berhati-hati.
            “Carl, awak kena faham. Saya datang sini untuk cari ilmu, bukan cinta. Apa yang jadi antara kita ni tak sepatutnya terjadi. You know what I meant, right?” Alia mencapai beg untuk berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Haikal.
            Haikal meletakkan dua keping not merah dan tergesa-gesa keluar untuk mengejar Alia. Dia terus berlari ke arah Alia sebaik sahaja melihat kelibat Alia.
            “Alia!!” dia merentap tangan Alia untuk mengelakkan Alia terus melarikan diri daripadanya. Tersentap Alia apabila tangannya ditarik ke belakang.
            “Jangan buat saya macam ni Lia. Saya sayangkan awak.”
            “Lepaslah. Awak tak faham ke bila saya cakap saya tak nak?” Alia cuba sedaya upaya untuk merungkaikan pegangan Haikal.
            “Lia, saya tahu awak tak pernah terbayang perkara macam ni akan jadi dekat awak. Tapi tak salahkan kalau bercinta ketika belajar? Saya janji saya takkan ganggu pelajaran awak.”
            Alia memandang Haikal dengan perasaan sayu. Dia takut untuk bercinta sebenarnya. “Nantilah saya fikirkan dulu.”
            Haikal tersenyum. “Come, let me take you home.” Alia mengangguk dan berjalan seiring dengan Haikal.
***** 
            “Ary, kau rasa takpe ke kalau bercinta sambil belajar? Kau macam mana dulu? Ada effect dekat study tak?” soal Alia suatu malam.
            “Dah kenapa tanya macam tu tiba-tiba? Haikal ajak kau couple ke?” tebak Aryana.
            “Eh. Mana kau tahu?” Alia terkejut.
            “Eh. Betul ke? Aku teka je. Ermmmm. Bagi aku, takpe kalau nak bercinta sambil belajar. Tapi, kenalah pandai balance kan antara cita-cita dan cinta. Niat utama nak study, so apa-apa pun, kau letak kan study sebagai keutamaan kau. Dan perkara keduanya, kau kenalah pandai jaga perasaan kau. Jangan terlalu sayangkan seseorang sebab kalau dah terluka nanti, parah akibatnya.” ujar Aryana panjang lebar.
            “Ohhh.” Alia menganggukkan kepala.




#p/s: sorry lambat update.
So how, patut ke tak alia terima haikal?
           
            



3
Komen

bab 11 :)

             “Haikal, Haikallllll. Bangunlah makan. Saya dah buatkan bubur daging untuk awak.” Alia menggoyangkan kaki Haikal perlahan. Pesan ibunya, kalau mahu mengejutkan orang yang sedang tidur, gerakkan kaki perlahan sambil memanggil nama.
            “Hmmmmm.” Haikal menarik bantal peluk supaya kemas dalam pelukannya. Alia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak kejutkan mamat ni. Tadi bukan main lapar sangat. Orang dah buat makanan tak nak bangun pulak.
            “Kenapa Alia?” soal Izwan yang baru muncul dari beranda bersama Aryana.
            “Saya nak kejutkan dia Izwan. tapi dia ni liat betul nak bangun.” Adunya.
            “Cuba awak usik hidung dia ke, telinga dia ke. Confirm dia bangunlah.” Izwan memberi cadangannya. Dia tahu Haikal memang pantang kalau ada orang kacau dia tidur. Apatah lagi kalau menggunakan cara macam tu.
            Alia menganggukkan kepalanya. “Alia, saya nak turun bawah ni. Aryana nak solat. Jom Ary.” Dia menggamit Aryana supaya mengikut dia.
            Setelah Izwan dan Aryana keluar, dia mencuit hidung Haikal perlahan-lahan. Haikal menepis sesuatu yang menggelikan di hidungnya. Terganggu tidurnya. Baru sahaja hendak lena kemabali, ada sesuatu pula di telinganya. Terus dia menangkap ‘benda’ itu. Bulat matanya apabila melihat Alia di depannya. Terlupa seketika yang Alia memang berada di rumahnya sedari tadi lagi.
            Alia kaget. Tak sangka pulak dia tertangkap sebegitu. Dia menyentap tangannya yang dipegang kemas oleh Haikal.
            “Er. Makanlah. Saya dah buat bubur daging untuk awak. Tapi tak tahulah sedap ke tidak.” Alia menyuakan mangkuk bubur itu kepada Haikal.
            “Tangan sakit. Tolong suap boleh?” Alia menjegilkan matanya sementara Haikal mengerdipkan matanya. “Kalau tak, saya tak nak maafkan awak.” Sambungnya lagi.
            Dengan penuh rasa terpaksa, dia menyuap Haikal. Baru hendak masuk suapan ketiga, terdengar ketukan di pintu yang sememangnya sudah terkuak.
            “Ehem, maaflah menganggu adegan romantis kat sini, tapi aku nak tumpang solat.” Ujar Izwan dengan riak wajah yang nakal. Tandanya nak membahan orang la tu.
            “Ingat solat kat bawah?” soal Haikal.
            “Ary solat kat bawah. Takkan aku nak gi solat berdua kot. Dia bukan bini aku. Kang jadi apa-apa kat dalam bilik tu, mampus!” jawab Izwan.
            “Kau sindir aku ke apa?” soal Haikal.
            “Kau terasa kenapa?” soal Izwan kembali. Terdiam Haikal dibuatnya. Izwan berlalu ke bilik air untuk berwuduk.
            Alia kembali menyuap Haikal. Hanya beberapa suap sahaja yang mampu ditelan Haikal. Alia menghulurkan mug yang berisi coklat suam. Air diteguknya dua kali sebelum mug itu dihulurkan semula kepada Alia.
            Melihatkan Izwan sudah selesai solat, dia menolak selimut tebal yang masih bergumpal dia atas ribanya. Tiba masa untuk dia pula menunaikan kewajipannya yang satu itu.
            “Thanks Alia.” Ucap Haikal. Ikhlas.
            “My pleasure.” Alia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya dia kiri dan kanan pipinya. Dia bangun dan membawa dulang yang berisi mangkuk bubur dan air untuk di letakkan di dapur.
            Sampai sahaja di muka pintu, dia bertembung pula dengan Puan Sri Diana yang baru sahaja hendak menapak masuk ke dalam ruangan itu. Dia melemparkan senyuman sebelum berlalu dari situ.
            “Haikal?” panggil Puan Sri Diana. Haikal yang baru saja melangkah ke bilik air, keluar semula setelah dipanggil mamanya.
            “Yes ma?”
            “How are you dear?” soal puan Sri Diana, prihatin.
            “I’m fine ma. Don’t worry okay. Lagipun, kan dah ada nurse yang jaga Haikal.” Dia tersengih.
            “Kamu ni saja dera dia ke apa ni. Hish. Haikal Haikal. Nakal tak pernah berubah. Kamu dah solat ke belum ni?” soal nya lagi.
            “Belum ma. Ni nak solat lah ni.”
            “Kalau macam tu, kamu solat lah dulu. Mama nak turun bawah, nak tengok Mak Mah kamu masak. Malam ni kamu kena turun makan tau. Mama nak ajak kawan-kawan kamu makan malam kat sini.
            “Okay ma’am!” jawab nya dengan gaya memberi tabik hormat.
******  
            Alia meletakkan dulang di dalam sinki. Dengan segera dia membasuh mug dan mangkuk tersebut.
            “Mak Mah nak buat apa dengan sayur tu semua?” soalnya ingin beramah mesra.
            “Mak Mah nk masak tomyam, ikan sweet sour dengan kalian goreng belacan. Lauk untuk malam ni. Ni nak sedia bahan-bahan untuk masak lah. Mak Mah suka sediakan semuanya sekali gus.” Celoteh Mak Mah.
            Dengan senang hati dia mencapai pisau dan menolong Mak Mah mengupas bawang. Oleh kerana terlalu rancak bercerita, tiada seorang pun yang terperasankan kelibat Puan Sri Diana di situ.
            “Amboi Mak Mah. Dah pakai assistant sekarang ni ye? Seronok pula bercerita. Saya kat sini pun dah tak nampak.” tegur Puan Sri Diana yang baru sahaja masuk ke ruangan memasak itu.
            “Err. Maaf Puan Sri kalau Puan Sri rasa saya menganggu kerja Mak Mah kat sini.” Ucap Alia. Entah kenapa dia dapat merasakan Puan Sri Diana tidak sukakanya. Pandangannya dingin semacam sahaja. Betul-betul membuat Alia kecut perut.
            “Eh. Takdelah Alia. Aunty tak kesah pun. Sekali sekala ada tetamu, bercerita panjang lebar, apa salahnya.” Puan Sri Diana tersenyum. Dia menarik sebuah kerusi kosong dan duduk menyertai Mak Mah dan Alia.
            Sememangnya Puan Sri Diana rajin di dapur sewaktu zaman mudanya. Namun sejak Haikal sudah mula melangkah zaman persekolahan menengah, Puan Sri Diana sudah jarang masuk dapur. Dia lebih gemar mengikuti Tan Sri Haris yang selalu ke luar negara atas urusan kerja memandangkan Haikal jarang di rumah kerana bersekolah di sekolah berasrama penuh.
            “Alia, nanti malam ni kamu makan kat sinilah ye.” Kata Puan Sri Diana. “Kawan kamu pun dah bersetuju. Aunty dah cakap kat dia masa kat luar tadi.” Sambung Puan Sri Diana lagi bila Alia diam tak menjawab.
            Mendengarkan itu, Alia mengangguk. Kalau Izwan dan Aryana sudah setuju, mana mungkin dia membantah.
            Dia meneruskan kerjanya membantu Mak Mah di dapur. Aryana turut menyertai Alia dan Mak Mah di dapur.
****** 
            Malam itu Izwan menghantar Alia dan Aryana ke kolej kediaman mereka. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka buru-buru naik ke bilik. Aryana terus sahaja mencapai tuala. Ingin cepat mandi dan cepat-cepat tidur katanya.
            Alia termenung memikirkan apa yang jadi di meja makan ketika makan malam bersama keluarga Haikal. Dia disoal siasat macam seorang pesalah. Wajah Tuan Sri Haris betul betul membuatkan dia tidak senang duduk. Setelah sesi bersoal jawab selesai, barulah keadaan mula reda. Rupa-rupanya Tan Sri Haris sangat peramah orangnya.
            Bermacam-macam perkara yang dibualkan. Tuan Sri Haris langsung tidak membezakan taraf kedudukan. Itu yang dapat dirumuskan setelah meluangkan masa beberapa jam dirumah itu. Sama seperti Tuan Syed juga lah. Tuan Syed juga tidak ambil pusing mengenai status dan taraf. Baginya semua manusia sama disisi Allah swt.
            ‘Ah, apa khabar Tuan Syed agaknya. Dah lama tak dengar khabar berita darinya. Betul-betul merajuk agaknya.’ Getus hati kecilnya.
            Alia pusing memikirkan tawaran Tuan Syed. Dia sedar dia sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Tuan Syed. Kalau bukan kerana Tuan Syed, dia tidak mampu untuk belajar di universiti seperti sekarang. Kepada semua dia katakana dia mendapat tajaan biasiswa. Sedangkan pembelajarannya ditanggung oleh Tuan Syed sekeluarga.
            “Agaknya, bila uncle boleh masuk meminang kamu Alia? Haikal nampaknya macam dah tak sabra-sabar nak bermanja dengan isteri.” Usikan Tuan Sri Haris bermain di kepala.
            Dia tidak sepatutnya terjebak dengan cinta. Itu janjinya pada dirinya sendiri sebelum melangkah ke menara gading. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Dia betul betul buntu memikirkan cara untuk keluar dari semua ini.
            “Ahhhh!!” tanpa sedar dia membaling sebiji bantal ke arah pintu. Hampir saja mengenai Aryana yang baru selesai mandi.
            “Kau kenapa? Meroyan?” soal Aryana.
            “Takde lah. Ingat nak baling kat kau lah. Tapi tak sangka pulak tak kena tadi.” Katanya untuk menutup situasi yang sebenar.
            “Iyelah tu. Weyh. Nampaknya tadi family Haikal semua dah boleh terima kau. Untunglah kalau kau jadi menantu diorang.”
            “Ah, jangan nak merepek. Aku lesing kan baru tahu. Dah la. Aku nak mandi.” Dia mencapai tuala dan terus berlalu.
            Aryana cuma tergelak dengan lagak Alia. Malu tapi mahu.

****** 
            Alia melihat jam di meja. Sudah hampir ke pukul 1pagi. Dia menutup laptop miliknya. Tanpa sedar sudah hampir 2jam dia bermain online game di laman facebook. Dia memandang Aryana yang sedang enak dibuai mimpi. Setelah mengemaskan meja dia terus berbaring.
            Baru sahaja hendak melelapkan mata, handsetnya berbunyi perlahan. Dia cepat cepat menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum. Awak nak apa lagi malam-malam macam ni?” soal Alia.
            “Waalaikumussalam. Hai, garangnya. Saya nak jawab salam pun jadi takut. Awak dah nak tidur ke ni?” soal pula.
            “Takde lah. Saya memang dah tidur dari tadi pun. Awak yang ganggu saya sekarang ni.”
            “Tipulah. Ingat saya tak tahu ke?” Alia terdiam. ‘macam mana pulak dia boleh tahu aku tipu ni?’ fikirnya.
            “Takpelah. Saya cuma nak ucap terima kasih sebab datang jenguk saya tadi. Saya hargai sangat-sangat. Lain kali boleh la datang masak kat rumah saya lagi.”
            Alia mendengus. “ingat saya takde kerja lain ke?” omel Alia.
            Haikal tergelak. “Okeylah cik Alia. Awak tidurlah. Jangan terlepas subuh dah la ye. Assalamualaikum. Goodnight!”
            Alia menjawab salam sebelum menamatkan panggilan itu. Kemudian dia tidur dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
            “Alia Alia. Awak ni comel lah. Selalu buat saya senyum.” Kata Haikal sendirian sambil memandang handset yang berada di tangan.
******  
            Keesokan harinya…
                “Hai Alia.” Tegur Haikal.
            Alia yang sedang menunduk ketika itu terkejut dibuatnya. “Eh, dah sihat ke?” soal Alia.
            “Lepas makan bubur daging awak semalam, terus rasa sihat dah. Awak duduk sini buat apa? dah lunch ke belum? Ary mana?”
            “Saya memang nak pergi lunch. Tapi tunggu Ary dulu. Dia tertinggal barang kat kelas tadi.”
            “Oh, boleh saya join?” Haikal membuat mimik muka yang comel.
            “Rasanya kalau saya cakap tak boleh pun, awak nak join jugak. Baik tak payah tanya.”
            Haikal tersenyum. “Saya tanya saja buat syarat je.”
            “Amboi, tinggal sekejap pun sempat lagi berkepit ye.” Tegur Aryana yang datang dari belakang.
            “Ha. Tak payah nak merepek. Aku lapar sangat dah ni. Jom makan.” Kata Alia tegas.
            Aryana dan Haikal cepat-cepat berjalan untuk menyaingi Alia. Ketiga-tiganya melangkah ke kafe yang berdekatan dengan fakulti tersebut.
******
            Selesai makan tengahari, Alia meminta diri untuk pulang ke bilik. Haikal keberatan melepaskan Alia pergi kerana dia belum puas berbual dengan Alia.
            “Alia, bila awak free? Kita keluar nak?” soal Haikal ingin memanjangkan perbualan. Aryana pula sudah berlalu pulang kerana ada janji petang itu.
            “Entahlah. Saya pun tak pasti tapi buat apa nak keluar. Baik saya main game je kat bilik.” Alia sememangnya malas untuk keluar menghabiskan duit dan berjoli sana sini apatah lagi kalau keluar dengan Haikal. Dia takut terjatuh hati dengan orang yang menjadi kegilaan ramai seperti Haikal.
            “Alia, sekali sekala pergilah keluar tengok wayang ke, main boling ke. Karaoke pun boleh. Takkanlah awak nak memerap je kat dalam bilik tu. Saya tak hairan kalau satu hari nanti awak jadi macam katak di bawah tempurung. Satu apa pun tak tahu pasal dunia luar. Tengok Aryana tu, sekali sekala keluar. Tak salah kan kalau nak cuci mata, release tension. Ringankan beban otak awak tu. Kang kalau asyik tension nanti, saya tak bertanggungjawab kalau tiba-tiba awak naik meroyan. Time tu, entah-entah takde orang yang nakkan awak. Tak takut jadi andartu ke?” Alia buat muka tak puas hati.
            “Memanglah main game pun boleh release tension tapi saya tak rasa cara tu praktikal. Contohnya game angry birds tu. Bagi awak saya tak tahu lah tapi saya jadi makin tension kalau main game tu. Dan lagi satu, awak bertapa depan laptop lama-lama tu, buat mata sendiri rosak je. Nanti makin rabun. Silap-silap haribulan awak pakai spek tebal seinci sebab power tinggi sangat. Dah la tu, buat bazir elektrik je main game tu. Mentang-mentanglah bukan awak yang bayar bil tapi tak perlu ambil kesempatanlah. Takut laptop awak cekababom, meletup. Tak ke kesian kat laptop awak tu.” Sambung Haikal lagi dengan tangannya yang penuh dengan gaya. Macam orang tengah berdebat saja lagaknya.
            “Apa yang awak merapu meraban ni? Straight to the point je lah.” Alia menggelengkan kepalanya. Pening mendengar bebelan Haikal yang panjang berjela itu.
            “Jom keluar petang esok? Izwan dah check dengan Ary, korang berdua free petang esok sebab kelas postponed. Kita keluar main boling nak?”
            “Yang awak bercerita pasal ambil tahu pasal dunia luar, release tension lah, meroyanlah, laptop cekababom lah, sebab nak ajak saya keluar semata-mata?” Alia menjongketkan keningnya.
            Haikal menganggukkan kepala dengan gaya comel. Alia tergelak. Tak pernah-pernah dengar Haikal merapu macam tu.
            “Janganlah gelak. Kelakar ke bila saya ajak awak keluar?” Alia menggelengkan kepalanya.
            “Tak, tak kelakar. Tapi yang awak membebel panjang panjang tu macam orang tua je. Haha.” Alia gelak lagi. Terus muram wajah Haikal.
            “Macam ni, nanti saya akan confirmkan balik sama ada jadi ke tidak. Sekarang saya nak balik dulu. Saya rasa penat dah ni. Penat gelakkan awak.” Alia mengusik.
            “Yelah. Gelaklah banyak-banyak pun. Asal awak bahagia.” Haikal menjuihkan mulutnya.
            “Muka dah tak macho dah bila buat muka macam tu.”
            “Takpelah tak macho pun. Saya tak kesah.” Balas Haikal lagi.
            “Dah lah. Layan awak sampai raya tahun depan pun belum tentu habis. Saya balik dululah. Assalamualaikum.” Alia mengangkat buku rujukan yang ada di atas meja dan terus berlalu.
******  
            Di dalam kereta, Haikal termenung sendirian. Sikap spontan Alia mengingatkan dia kepada seseorang. Ellisya. Rindunya dia kepada Ell hanya Allah yang tahu. Tak pernah dia zahirkan perasaan sayang dan rindunya kepada Ellisya sejak dia memutuskan hubungan cinta mereka. Tapi kini perasaan kosong dalam hatinya mula terubat dengan kehadiran Alia. Dia mula memikirkan kemungkinan bahawa Alia orang yang akan menggantikan Ellisya dalam hidupnya. Tapi hanya masa dan takdir yang akan menentukan segalanya.


#harap entry kali nie tak membosan kan. Lepas nie konflik akan mula timbul. Keep reading dan jangan lupa komen!# J











3
Komen

bab 10 :)

“Err. Carl. Err. Lia, Lia min. Erm. Lia minta maaf pa pasal kejadian hari tu.” Ujarnya tergagap-gagap. Dia memintal-mintal hujung rambutnya yang terlepas bebas.
Haikal tersengih melihat gelagat Alia. ‘Tahu takut. Masa nak buat tu tak agak-agak dah.’
“Sejak bila awak ada penyakit gagap ni Alia? Dengan tangan yang duk main dengan rambut macam tu. Tergedik-gedik je saya tengok?” soal Haikal. Sengaja dia memerli Alia.
Alia terus menolak rambutnya yang panjang terurai itu ke belakang. Spontan! “Err. Sejak 2 minit yang lalu, kot.” Jawab Alia.
Ingin tergelak Haikal dibuatnya. Tak pernah-pernah tengok Alia blur dan tergagap macam ni. Bias anya Alia asyik tayang muka serius je. Nak tegur pun takut. Tapi kali ni, lain pulak. ‘Hm. Ini adalah masa yang tepat untuk aku kenakan dia cukup-cukup.’ Akal jahatnya sudah mula berjalan.
Alia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mencari kekuatan. “Carl, saya minta maaf sebab malukan awak hari tu. Saya betul betul tak sengaja. Tangan saya yang bergerak sendiri time tu. Sikit pun takde niat dalam hati saya nak tampar awak. Saya..” dia berhenti bercakap apabila Haikal mengangkat kedua tangannya sebagai tanda untuk menyuruhnya berhenti.
“Lajunya awak cakap Alia. Tadi tergagap-gagap sekarang terlebih laju pulak. Awak buat saya nak gelak lah. Haha.” Komen Haikal. Alia dah mula tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.
“Saya nak minta maaf je.” Ujarnya perlahan.
“Awak nak saya maafkan awak lah ni?”soal Haikal. Alia menganggukkan kepalanya.
“Boleh. Tapi dengan satu syarat.”
            Alia buat muka. “Awak ni, asyik bersyarat je semuanya. Tak boleh ke maafkan terus je?” ngomel Alia.
            “Laa, ikut suka hati saya lah. Kalau awak tak nak ikut pun, saya tak rugi apa-apa.” dia membaringkan badannya kembali.
            “Ye, ye. Awak nak saya buat apa pulak kali ni?” soalnya malas.
            “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat! Saya tak suka orang paksa diri sendiri untuk buat sesuatu untuk saya.” Haikal membaluti dirinya dengan comforter tebalnya itu.
            “Okay, maaf. Saya betul-betul ikhlas ni. Awak nak saya buat apa?”
            “Saya laparlah. Tolong masakkan saya something boleh?” Haikal terbatuk. Tekaknya kering kerana terlalu banyak bercakap. Mata Haikal pula sudah hendak terpejam. Alia mendekati Haikal. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Haikal. Panasnya!
            “Carl, bukak mata tu. Minum air dulu.” Dia menyuakan air kosong yang sememangnya tersedia di atas meja kecil di tepi katil.
            Haikal menggelengkan kepalanya. Dia cuma mahu tidur sahaja. Tapi dia minum juga setelah dipaksa Alia. Alia mengambil tuala kecil yang ada terlipat di atas meja kecil itu dan membasahkannya dengan air. Dia meletakkan tuala tersebut di atas dahi Haikal. Kemudian, dia membetul-betulkan comforter dibadan Haikal.
            Alia melihat Aryana dan Izwan rancak berbual di balkoni bilik. Malas hendak menganggu, dia turun sendiri untuk ke dapur. Nasib baik dia nampak Mak Mah ke dapur sebelum naik tadi. Tak payah pening pening nak cari jalan ke dapur dalam rumah besar ni.

******  
         
            “Mak Mah, termenung apa tu?” soal Alia yang melihat Mak Mah duduk termenung di meja.
            “Eh Alia. Takde apalah. Saja duduk rehat kejap sambil tunggu Tan Sri dan Puan Sri balik. Lambat pulak mereka balik hari ni. Alia masuk dapur ni cari apa?”
            “Err. Haikal mintak Alia masak untuk dia. Lapar katanya.”
            “La. Macam tu ke? Takpe. Alia pergi naik atas. Biar Mak Mah je yang masakkan.”
            “Eh. Takpe takpe. Alia dah cakap kat dia nak masak. Tak boleh la suruh Mak Mah pulak. Alia mintak izin nak guna dapur dengan bahan-bahan kat sini ye Mak Mah?” soal Alia sopan.
            “Guna aje Lia. Tapi kamu nak masak apa ni?” soal MakMah.
            “Em. Saya pun tak tahu Mak Mah. Biasanya Haikal makan apa kalau dia sakit?”
            “Kalau kecik-kecik dulu, mamanya selalu buatkan bubur daging untuk dia. Tapi sejak dah besar ni, dia cuma mintak sup cendawan je. Itupun kalau dah kebulur sangat.” Cerita Mak Mah.
            “Em. Manalah kenyang sangat makan sup cendawan macam tu je Mak Mah. Saya nak buatkan bubur daginglah. Dagingnya ada ke tidak Mak Mah?”
            “Dia taknak makan bubur. Macam budak-budak katanya. Setahu Mak Mah ada. Cuba kamu tengok kat dalam peti tu. Kamu ambik aje mana-mana bahan yang kamu nak guna. Beras pulak ada kat dalam kabinet tu. Mak Mah nak masuk bilik, dah masuk Asar ni. Nanti Mak Mah datang balik.” Ujar Mak Mah.
            Tanpa melengahkan masa, Alia terus mengeluarkan daging dan di letakkan di dalam sinki. Dia mengambil periuk kaca yang bersaiz kecil dan mengisinya dengan setengah cawan beras. Dia membasuh beras sebersihnya sebelom merebusnya di atas dapur. Sambil itu dia memotong daging kecil-kecil untuk di masukkan ke dalam bubur. Dia merebus daging terlebih dahulu supaya lebih empuk. Dia mengupas sedikit halia dan memasukkannya ke dalam bubur. Air rebusan daging dituang ke dalam periuk yang berisi bubur. Kemudian dia memasukkan potongan daging di sertakan sedikit garam. Dia mengacau isi periuk itu perlahan-lahan.
            “Assalamualaikum.” Tegur satu suara. Serentak itu Alia pusing ke belakang. “Waalaikumussalam.” Jawab Alia.
            “Eh Puan Sri. Bila balik? Saya tak dengar pulak bunyi kereta.” Soal Mak Mah yang baru sahaja hendak masuk ke dapur.
            “Baru je sampainya. Haa. Ini siapa pulak?” soal Puan Sri Diana, dingin.
            “Saya Alia. Saya junior Haikal dekat universiti.” Jawab Alia takut takut.
            “Puan Sri janganlah marah. Dia kebetulan datang melawat Haikal. Ini Haikal minta dia masak, saya pun bagi aje lah.” Mak Mah cuba menerangkan hal yang sebenarnya. Dia faham kalau Puan Sri Diana terkejut kerana ada orang asing sedang menggunakan dapurnya.
            “Oh. Takpe lah macam tu. Saya naik solat dahulu lah. Nanti Mak Mah tolong hidangkan air dekat taman ye.” Pesan Puan Sri Diana.
            Alia mula cuak. Dia dapat rasakan yang Puan Sri Diana tak suka akan kehadirannya di rumah besar itu.
            “Mak Mah, saya nak tumpang solat boleh?” soalnya.
            “Lia pergi dekat bilik tamu kat depan tu. Dalam almari tu memang dah disediakan telekung. Lia gunalah. Penunjuk arah kiblat pun dah ada.” Bagitahu Mak Mah.
            “Baik Mak Mah.” Dia mengacau bubur di dalam periuk. Dah siap. Dia menutup api dapur sebelum dia keluar dari dapur untuk solat.

****** 

Di taman,
            “Mak Mah, siapa budak perempuan tadi tu? Nama dia Alia kan?” soal Puan Sri Diana ketika Mak Mah menghidangkan minuman petang, teh panas dengan pai epal.
            “Alia mana pulak ni, Di?” soal Tan Sri Haris yang sedang membaca surat khabar.
            “Katanya kawan anak teruna kita itu lah abang. Iya kan Mak Mah?”
            “Ha’ah, Puan Sri, Tan Sri. Alia tu katanya kawan Haikal dekat university tu. Izwan cakap tadi, junior dia. Saya pun tak reti sangatlah benda-benda macam ni.” Mak Mah tersengih.
            Tuan Sri Haris melipat suratkhabar yang di pegangnya dan diletakkan di atas meja. Dia mengambil cawan teh dan menyisip airnya sedikit. “tak pernah pernah kawan perempuan dia datang rumah dalam dua tahun ni. Usahkan datang, dia sendiri pun takde sebut apa-apa. Atau dia ada cerita apa-apa dekat Di?” soal Tan Sri Haris.
            “Takde la abang. Itu lah yang Di rasa pelik sekarang ni. Kalau Di tahu, Di tak tanya abang pulak.” Jawab Puan Sri Diana pulak.
            “Sebenarnya Tan Sri, Puan Sri, Alia tu memang kali pertama datang sini. Saya pun tak pernah dengar apa-apa dari Haikal pasal Alia. Tapi saya agak, mereka ada hubungan lain lah.” Kata Mak Mah.
            Sepasang suami isteri itu berpandangan antara satu sama lain. “Hubungan apa?” soal mereka serentak.
            “Hubungan antara budak muda lah, apalagi. Kalau tak, takkan Alia tu nak masak bubur daging untuk Haikal? Sampai saya nak tolong pun dia tak kasi. Katanya, dia dah janji nak masak untuk Haikal. Baik budaknya Puan Sri. Beruntung kalau dapat buat menantu.” Cerita Mak Mah.
            “Berkenan betul Mak Mah dekat budak, apa namanya. Alia?” soal Tan Sri Haris.
            “Mana tak berkenannya Tan Sri, kalau dah sopan, baik, manis, lawa, cekap dekat dapur. Dah pakej menantu terbaik dah tu.”
            “Mana budaknya? Saya jadi teringin sangat nak jumpa dengan dia.”
            “Ada dekat atas, dia hantar bubur naik ke atas tadi.” Jawab Mak Mah ringkas.
            “Mak Mah, alang-alang dia ada dekat sini, ajak dia makan malam sekali lah. Mak Mah tolong masak banyak sikit ye.”  Pesan PuanSri Diana.
            “Elok sangatlah tu. Boleh lah saya berjumpa dengan Alia ni.”
            “Puan Sri okey kalau saya masak tomyam, ikan sweet sour dengan sayur goreng? Atau Puan Sri nak saya masak benda lain?”
            “Okey dah tu, masakan kegemaran Haikal.” Mak Mah hanya tersengih. Seketika, dia meminta diri untuk masuk ke dapur.

Bersambung~

#finally updated.sorry lmbt. Jgn lupa komen J

1
Komen

bab 9 :)

             “Err. Takpe ke kalau saya pergi jenguk dia?” soal Alia ragu-ragu.
            “Ehh. Takpe lah. Takde siapa nak marah pun.” Yakin Izwan sungguh-sungguh. “Lagipun, dia mesti happy bila dapat jumpa awak.” Sambung Izwan lagi. Alia tersipu-sipu.
            “Haa. Kalau macam tu, jom kita pergi. Untung-untung dapat makan free dekat rumah dia.” Bisik Aryana perlahan. Alia menjegilkan matanya. ‘makan je yang di ingatnya’. Dia menggelengkan kepalanya tanpa sedar.
            “Kenapa? Tak nak pergi?” soal Izwan apabila melihat Alia menggelengkan kepalanya.
            “Hah? Erh. Nak. Nak pergi. Tak cakap pun tak nak tadi.”
            “Amboii. Laju je kau erh.” Aryana mengusik. Alia mendiamkan diri. Malas untuk melawan. Nanti akhirnya dia jugak yang kalah. Baik diamkan diri dari awal. Senang!
            Izwan melihat jam di tangannya. Lagi 5 minit sebelum pukul 3. “kalau macam tu, sy jumpa korang lagi setengah jam ke. Boleh? Korang ada kelas lagi tak lepas ni?” soal nya.
            “Setengah jam lagi? Boleh boleh. Kelas kami untuk hari ni dah habis.” Aryana menjawab sopan.
            “Oraitt. Jumpa lagi setengah jam dekat tempat parking okay? Saya nak pergi hantar assignment dekat lecturer  kejap.” Aryana hanya menganggukkan kepalanya.
            Izwan berlalu sambil melambai-lambai tangannya. “Comelnya Izwan bila dia buat muka macam tu kan?” soal Aryana.
            “Soalan macam apa je. Dah jatuh hati dekat Izwan ke?”
            “Aku tak cakap pun macam tu. Kau nih!” dia menjuihkan mulutnya.
            Alia tersengih. “Mana la tau kan. Kot-kot kau lupa dekat abang Faizul kau tu.”
            “Hish. Tak yah la cakap pasal dia. Karang aku telan kau baru tau.” Aryana dah tayang muka serius.
            “Okay okay sorry.” Alia mula rasa bersalah. Dia tahu ada something yang tak kena antara Faizul dan Aryana. Tapi di sebabkan Aryana sendiri yang tak nak bercerita, dia takde hak untuk memaksa.
            “Hehe. Takpe. Jom pergi beli air coklat tu. Best pulak aku nampak dari jauh.” Aryana mengajak.
            Selepas membeli air coklat, Aryana mencadangkan supaya mereka terus pergi ke tempat parkir untuk mengelakkan Izwan tertunggu-tunggu mereka. Alia hanya mengiyakan sahaja. Hatinya mula gelisah. Dia sebenarnya takut untuk berjumpa dengan Haikal. Tapi untuk menolak ajakan Izwan awal tadi, dia tidak sampai hati kerana memikirkan kesihatan lelaki itu. ‘arghh. Runsinglah macam ni.’ Dia mengeluh dalam diam.
            “Kau kenapa?” alia mengangkat wajah apabila disoal.
            “Takde apa lah. Ehh. Tu Izwan dah datang.” Dia menunjukkan tangannya ke arah belakang Aryana. Aryana terus melambai-lambai kepada Izwan yang seperti tak nampak keberadaan mereka. Izwan terus berjalan laju ke arah Aryana.
            “Sorry, dah lama tunggu?” Izwan menujukan soalan sambil memandang tepat pada mata Aryana.
            “takde lah. Kami yang datang awal agaknya.” Aryana tersipu-sipu. Alia yang melihat gelagat mereka hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak mencelah apa dan di mana.
            “Eh, mari lah kita gerak sekarang.” Aryana berjalan beriringan dengan Izwan manakala Alia pulak mengikut dari belakang.
            Di dalam kereta, mulut Aryana tak henti henti bercerita. Izwan pula rajin melayan cerita dari Aryana. Jadi bingit suasana dalam kereta di buatnya.
            “Alia kenapa? Diam je dari tadi?” soal Izwan yang pelik dengan sikap Alia.
            “Takde apalah. Okay je. Tapi tak reti nak mencelah bila Ary dah mula bukak mulut.”
            “Weh, kurang ajar gila ayat kau Lia. Takpa takpa. Aku ingat sampai tahun depan.” Izwan yang mendengar pelik. ‘Tak paham aku dengan cara perempuan bergurau’ dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

****** 
            “Eh, Izwan. Takpe ke kami datang tak bagitahu ni? Kot kot lah mak ayah dia tak kasi ke, apa ke.” Soal Alia yang teragak-agak untuk masuk ke bangle besar yang tersergam indah itu.
            “Eh, ada dia tanya macam tu. Apa kejadahnya parent dia nak halang kawan-kawan anak datang rumah. Lagipon saya dah bagitahu dekat Haikal sebelum datang sini tadi.”
            ‘Gurpp!’ kecut perut Alia. Dia takut kalau kalau Haikal marahkan dia. Walau macam mana pun, dia tidak sengaja dan tindakan menampar Haikal adalah spontan dan diluar kawalannya.

******   
Di dalam rumah….
            “Mak Mah, uncle dengan auntie takde ke?” soal Izwan apabila mereka dipersilakan masuk oleh wanita tua yang kelihatan mungkin dah berumur separuh abad, mungkin.
            Wanita yang digelar Mak Mah itu menggelengkan kepala. “Diorang kan sibuk. Takkan kamu tak faham lagi Wan oi. Tapi Carl ada kat atas tu. Berselubung je satu hari ni. Makan tak nak, minum tak nak. Dah macam budak-budak gayanya. Tak faham Mak Mah.”
            Alia dan Aryana yang mendengar hanya tersenyum. Masing-masing punya fikiran yang sama. Tak sangka perangai Haikal macam budak-budak.
            “Haa. Wan, ni anak dara siapa pulak kamu bawak ke mari ni?” soal Mak Mah.
            “Mak Mah. Kenalkan, yang ini Alia, dan yang ini pulak Aryana. Mereka ni junior saya dengan Carl dekat universiti. Lia, Ary, ini Mak Mah. Dia ni pengasuh Carl sejak Carl lahir sampai la sekarang.” Izwan memperkenalkan satu persatu.
            “Mereka datang ni sebab nak jenguk Carl. Yelah, Carl kan demam.” Sambung Izwan lagi.
            “Oh. Carl ada kat dalam bilik. Wan tolong bawakan mereka ye? Mak Mah nak buat air kejap kat dapur.”
            “Mak Mah, tak perlu lah susah susah. Kami kejap aje ni.” Ucap Alia penuh sopan santun.
            “Takpe Lia. Kejap ke, lama ke, memang adat tetamu datang kita kena hidang paling kurang pun, air. Pergilah jenguk Carl dulu. Nanti Mak Mah naik.” Ujar Mak Mah lalu berlalu ke dapur yang terletak di belakang.
            Terpegun Alia melihat bangle mewah tersebut. Walaupun tak sebesar rumah orang kaya lain, tapi bagi Alia, rumah ini seperti ada sentimental tersendiri. Rekabentuknya yang unik dan terancang. ‘Ah, dah namanya orang kaya. Semua pun boleh buat.’ Bisik hati kecilnya.
            Tanpa Alia sedar, dia sudah sampai ke anak tangga teratas. Cuma beberapa langkah sebelum sampai ke bilik Haikal. ‘Aku nak cakap apa kat dia ni? Cakap sorry, terus blah ke? Atau nak duduk situ dengar dia membebel macam dekat tasik hari tu. Tapi malulah sebab Aryana dengan Izwan ada. Alaa!’ Alia sudah resah sendiri.
            Izwan menguak pintu bilik Haikal yang terletak paling hujung di sebelah kanan. Izwan mempersilakan Alia  masuk dahulu. Alia melangkah masuk dan melihat Haikal masih berselubung dalam comforter tebal di atas katilnya.
            ‘Hmm. Bilik ada air-conditioner, memang boleh lah nak berselubung bagai.’ Dia menggelengkan kepalanya dua kali. Nampaknya Haikal langsung tidak sedar akan kehadiran mereka bertiga.
            “Carl, bangun lah. Ni Alia dah sampai ni. Tak nak jumpa ke?” soal Izwan sambil menggoyangkan badan Haikal.
            Dengar je nama Alia, Haikal terus membuka matanya. Dia mencari-cari wajah ayu yang disebut Izwan. Dia memandang tajam ke arah Alia. Alia hanya menundukkan wajah kerana perasan dirinya dipandang.
            “Oh, masih berselubung lagi anak Dato’ nih. Ish ish ish.” Aryana menggelengkan kepalanya. Niat di hati cuma untuk mengusik.
            “Apa anak Dato’? Anak Tan Sri okay!” Haikal membuat muka riaknya. Dia bangun dan menyandar di kepala katil.
            “Eh, demam demam pun poyo jugak Carl nih.” Haikal tersengih mendengar komen Aryana.
            “Em, Carl sihat? Izwan cakap demam Carl teruk?” soal Alia.
            Belum sempat Haikal nak menjawab,Mak Mah terlebih dahulu masuk ke bilik menatang dulang air dan sepiring pai epal. “Mana tak teruknya Alia. Dah la demam, ubat malas nak makan. Mak Mah buatkan bubur pun tak nak makan. Tak selera, tak sedap katanya.” Bebel Mak Mah.
            “Mak MahHH! Janganlah bagitahu dekat diorang. Malulah Carl macam ni.” Haikal sudah membuat muka. Alia, Aryana dan Izwan tergelak. Terserlah kemanjaan Haikal dengan pengasuhnya itu.    
            “Jemputlah minum. Ni kebetulan Mak Mah ada buat pai epal untuk minum petang ni. Haikal suka sangat dengan pai epal ni.” Ujar Mak Mah. Dia meletakkan dulang yang dibawa ke atas meja kopi yang ada di sudut bilik Haikal.
            “Terima kasih Mak Mah. Susahkan Mak Mah pulak.” Jawab Alia yang mula segan dengan layanan baik Mak Mah.
            “Takde susahnya Alia. Dah memang kerja Mak Mah layan tetamu ni. Minumlah dulu ye. Mak Mah nak pergi kemas dapur sekejap kat bawah tu.” Mak Mah terus berlalu.
            Izwan mengambil dua gelas air oren dan di berikan satu kepada Aryana. Izwan mengajak Aryana duduk di koridor kerana ingin memberi ruang untuk Haikal dan Alia berbicara. Dia tahu ada yang tak kena pada mereka berdua, tapi dia tak tahu secara pasti. Hendak ditanyakan pada Aryana, rasanya Aryana pun tak tahu. Jadi, memberi ruang kepada mereka berdua adalah cara terbaik untuk menolong.
            Alia lega melihat Izwan dan Aryana berada sedikit jauh dari mereka. Sekurang-kurangnya dia punya kekuatan untuk menerima amarah Haikal nanti.
            “Err. Carl. Err. Lia, Lia min. Erm. Lia minta maaf pa pasal kejadian hari tu.” Ujarnya tergagap-gagap.



Bersambung~
p/s: Sory lambat update! haa. Haikal marah ke tak marah? Nak tahu? tunggu!!!! J

            




4
Komen

bab 8 :)

             Tepat jam 12 malam, kereta BMW milik Haikal tiba di bawah kolej kediaman Alia dan Aryanna. Dah lewat. Untung je kolej nya tak menetapkan waktu untuk para pelajar keluar masuk kolej. Kalau tak, terpaksa la bermalam di luar.
            “Thanks sebab bawak kami keluar.” Ujar Alia sebelum keluar.
            Haikal menurunkan cermin tingkap kereta. “sama-sama. Esok lusa, bolehla keluar lagi kan.?”
            Alia hanya tersenyum tanpa memberi jawapan yang pasti. “Kami naik dulu ye. Hati-hati drive tu.” Dia berpesan sebelum mengangguk sebagai tanda hormat kepada Haikal.
            Setelah hilang Alia hilang dari pandangan, baru lah kereta milik Haikal bergerak perlahan meninggalkan kolej tersebut. Dia tersenyum sinis.
            “Kau kenapa duk sengih-sengih nie?”
            “Adalah. Kau tak perlu tahu.” Izwan hanya menggelengkan kepalanya.

******  
            “Amboi kau. Bukan main lagi ek? Hati-hati drive tu.” Ujar Aryana dengan gaya mengajuk percakapan Alia. Alia hanya tersenyum.
            “La. Apa ke salah nya kalau aku cakap macam tu. Berpesan-pesan antara satu sama lain. Aku rasa tak salah. Kan?”
            “Salah tu tak lah. Tapi lain macam je bunyi nya. Kau tu dah la tak bercakap sangat dengan budak lelaki. Entah- entah kau dah jatuh hati kat dia ek?”
            “Eh. Takde makna nya aku nak jatuh hati kat dia tu. He’s not my type, okay?!” ujar Alia tegas.
            “Memanglah dia takde ciri-ciri lelaki idaman yang kau nak tapi tak mungkin kalau dia boleh buat kau jatuh cinta. Ingat tu Lia.” Kata-kata Aryana penuh dengan maksud tersirat.
            “Ala. Aku cakap je lah. Lagipun tak mungkin kau nak jatuh hati kat dia. Dia kan bukan lelaki idaman kau. Dah, pergi tidur lah. Nanti lambat pulak bangun.” Alia hanya tersengih-sengih.
            “Good nite Ary.”

******      
            Sejak malam tu, mereka sering saja berempat. Kalau pon tak study, mereka akan makan bersama. Dalam tak sedar, dah hampir sebulan sejak Alia mula berkawan dengan Haikal. Hubungan mereka bertambah baik dari hari ke hari. Dan hati Alia bagaikan mula tertarik dengan sikap Haikal yang selamba dan pandai mengambil hati.
            “Ary, petang ni aku nak keluar dengan Haikal tau. Aku nak pergi beli tiket bas.” Dia memberitahu awal-awal kepada roommatenya yang sorang tu.
            “Okey. Jaga diri elok-elok. Aku pun ada hal nak pergi jumpa Faizul nanti.”
            “Kau nak jumpa dia buat apa? bukan kau dengan dia dah history ke?” soal Alia.
            “History bagi aku, tapi dia tak nak faham. Ni aku nak pergi settlekan cara baik lah ni.” Terang Aryana.
            Alia mengangguk. Betul jugak kata Aryana. Apa apa pun, kena selesaikan dengan cara baik. Kalau tak, boleh gila dibuatnya. Apatah lagi Faizul tu macam psycho yang asyik mencari Aryana 24/7. Fuhhh. Serammmmm!!
            Seperti yang dijanjikan, petang itu Alia keluar dengan Haikal.
            “Sekarang kita nak ke mana ni?” soal Haikal sebaik sahaja kereta mula bergerak.
            “Kan saya dah cakap, nak beli tiket bas. Dah lupa ye atok?” gurau Alia.
            “kalau saya atok, awak lah nenek. Dah tua ye nek?” Haikal mengajuk nada Alia.
            “Hmm. Apa-apa lah. Malas nak layan awak.” Gumam Alia perlahan.
            “Ala. Takkan nak merajuk kot? Yela cik adik sweet. Saya je yang tua. Awak tu muda remaja lagi.” Dia menjeling Alia yang berada di sebelah.
            “Amboi. Perlinya ayat.” Haikal hanya tergelak.
            Di stesen bas, Haikal terpaksa memakirkan kereta di seberang jalan berikutan keadaan yang terlalu sesak di stesen bas tersebut. Haikal menemankan Alia ke kaunter tiket. Ketika mereka hendak pulang ke kereta, Haikal menarik tangan Alia dengan alasan jalanraya sangat sesak. Alia memasam muka kerana tak guna dia bergaduh dengan Haikal. Dia tahu, Haikal takkan lepaskan tangannya.
            Alia yang bengang dengan Haikal terus jalan menonong tanpa melihat kiri dan kanan. Kebetulan ada motor yang sedang laju memecut menuju ke arah Alia. Haikal yang sememangnya sedang mengenggam tangan Alia terus menarik Alia hingga terdorong ke belakang. Tubuh Alia yang hampir jatuh terus di peluk Haikal. Alia terpana dengan situasi yang bari terjadi. Dan dengan tak semena-mena nya Haikal mencium pipi Alia yang sangat dekat dengan mukanya.
            Alia terus tersedar. Dia menolak Haikal dan menghadiahkan sebuah tamparan buat Haikal. Haikal membuntangkan matanya apabila ditampat di khalayak ramai.
            “Itu sebab awak memandai-mandai je cium saya.” Ujar Alia sebelum berlalu dari situ.

******  
Sudah 3 hari sejak petang mereka keluar berdua. Dan sejak malam tu, Alia tak pernah lagi bertembung dengan Haikal di mana-mana. Kadang-kadang dia terintai-intai juga sama ada di kafe mahupun library. Tapi baying-bayang Haikal langsung takde. Haikal bagaikan lesap terus.
            “Oitt!” sergah Izwan dengan tiba-tiba. Lamunan Alia terhenti apabila disergah seperti itu. Sebenarnya dari jauh lagi dia sudah nampak Alia. Tapi Alia langsung tak perasankan kelibatnya. Nampak sangat tengah termenung.
            “Apa oitt oitt. Bagi salam tak boleh ke?” Alia pura-pura marah. Dia memasamkan wajahnya. Terkejut jugak dia tadi. Dibuatnya kalau dia termelatah kat situ, mahu satu library mendengarnya. Hee. Mana nak sorok muka kalau macam tu.
            Izwan gelak perlahan. “Awak termenung apa ni Alia? Dari depan library dah nampak awak tengah berkhayal. Fikirkan Haikal eh?” tebak Izwan.
            “Eh. Mana ada saya termenung berkhayal ni sume. Bukan bidang saya lah.” Alia gelabah bila tertangkap macam tu. Dah la apa yang di teka Izwan tu betul.
            Tiba-tiba Aryana datang dan mengambil tempat di sebelah Alia. Izwan yang melihat terus mengambil tempat di hadapan Aryana.
            “Haa Izwan. Sorang je? Mana anak Dato’ Haris tu. Kesian kat kawan saya ni. Dah dapat penyakit angau dah sebab si Carl tu.”
            Alia terus menyiku Aryana yang duduk di sebelah nya. “haa. Percaya sangatlah loyar basi Ary ni.” Alia gabra dalam usaha menutup malu.
            “Eleh. Nak cover la tu. Macam la aku tak tahu sejak 2,3 hari ni mata kau asyik melilau jek. Aku tahu la kau cari dia. Orang dah angau la katakan.” Aryana mengenyitkan matanya kepada Izwan.
            “Oh. Dah angau dekat Carl ke. Patut la tadi pun dia ni termenung je memanjang.” Melihatkan muka Alia yang kemerahan, dia tergelak. “Carl ada je kat rumah dia. Elok bernafas lagi.” Sambungnya lagi.
            Alia yang kepelikan. “Aik. Bukan dia cakap dia tu bukan kaki ponteng ke?”
            “Memang dia bukan kaki ponteng lah. Dia demam. Sepatutnya 2 hari je. Tapi tak kebah lagi. Sebab tu dia tak datang kelas. Rasanya, minggu depan lah baru dia datang kot. Tak larat katanya. Oh ye. Dia kirim salam kat awak.” Ujar Izwan panjang lebar.
            “Demam tetiba kenapa pulak? Kena sampuk?” soal Aryana dengan selamba.
            “Hari ahad lepas, kami main bola sepak dalam hujan tengah-tengah malam. Apa lagi. Confirm demam lah.”
            “Takkan Haikal je yang demam kot?” soal Alia ingin tahu.
            “Memang bukan dia sorang pon. Saya pon demam jugak tapi sehari je lah. Tapi kalau Haikal, dia memang susah nak sembuh kalau dah demam.”
            “Hm. Dah tahu macam tu, mahu lagi cari penyakit sape suruh.” Aryana bersuara.
            “Idea si Haikal la tu. Tension sangat. Apa yang jadi la kat dia sampai dia moody dari petang.” Ujar Izwan. Matanya dilirikkan ke arah Alia yang membawa 1001 maksud.
            “Ohh. Kesian dia.” Ucap Alia perlahan.
            “Awak nak pergi jenguk dia? Saya boleh bawakkan. Mesti dia happy kalau awak pergi jenguk dia kat rumah.” Cadang Izwan.


Bersambung~~


p/s: camne? korg nk alia pegi umah carl ke tk???