3
Komen

bab 10 :)

“Err. Carl. Err. Lia, Lia min. Erm. Lia minta maaf pa pasal kejadian hari tu.” Ujarnya tergagap-gagap. Dia memintal-mintal hujung rambutnya yang terlepas bebas.
Haikal tersengih melihat gelagat Alia. ‘Tahu takut. Masa nak buat tu tak agak-agak dah.’
“Sejak bila awak ada penyakit gagap ni Alia? Dengan tangan yang duk main dengan rambut macam tu. Tergedik-gedik je saya tengok?” soal Haikal. Sengaja dia memerli Alia.
Alia terus menolak rambutnya yang panjang terurai itu ke belakang. Spontan! “Err. Sejak 2 minit yang lalu, kot.” Jawab Alia.
Ingin tergelak Haikal dibuatnya. Tak pernah-pernah tengok Alia blur dan tergagap macam ni. Bias anya Alia asyik tayang muka serius je. Nak tegur pun takut. Tapi kali ni, lain pulak. ‘Hm. Ini adalah masa yang tepat untuk aku kenakan dia cukup-cukup.’ Akal jahatnya sudah mula berjalan.
Alia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mencari kekuatan. “Carl, saya minta maaf sebab malukan awak hari tu. Saya betul betul tak sengaja. Tangan saya yang bergerak sendiri time tu. Sikit pun takde niat dalam hati saya nak tampar awak. Saya..” dia berhenti bercakap apabila Haikal mengangkat kedua tangannya sebagai tanda untuk menyuruhnya berhenti.
“Lajunya awak cakap Alia. Tadi tergagap-gagap sekarang terlebih laju pulak. Awak buat saya nak gelak lah. Haha.” Komen Haikal. Alia dah mula tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.
“Saya nak minta maaf je.” Ujarnya perlahan.
“Awak nak saya maafkan awak lah ni?”soal Haikal. Alia menganggukkan kepalanya.
“Boleh. Tapi dengan satu syarat.”
            Alia buat muka. “Awak ni, asyik bersyarat je semuanya. Tak boleh ke maafkan terus je?” ngomel Alia.
            “Laa, ikut suka hati saya lah. Kalau awak tak nak ikut pun, saya tak rugi apa-apa.” dia membaringkan badannya kembali.
            “Ye, ye. Awak nak saya buat apa pulak kali ni?” soalnya malas.
            “Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat! Saya tak suka orang paksa diri sendiri untuk buat sesuatu untuk saya.” Haikal membaluti dirinya dengan comforter tebalnya itu.
            “Okay, maaf. Saya betul-betul ikhlas ni. Awak nak saya buat apa?”
            “Saya laparlah. Tolong masakkan saya something boleh?” Haikal terbatuk. Tekaknya kering kerana terlalu banyak bercakap. Mata Haikal pula sudah hendak terpejam. Alia mendekati Haikal. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Haikal. Panasnya!
            “Carl, bukak mata tu. Minum air dulu.” Dia menyuakan air kosong yang sememangnya tersedia di atas meja kecil di tepi katil.
            Haikal menggelengkan kepalanya. Dia cuma mahu tidur sahaja. Tapi dia minum juga setelah dipaksa Alia. Alia mengambil tuala kecil yang ada terlipat di atas meja kecil itu dan membasahkannya dengan air. Dia meletakkan tuala tersebut di atas dahi Haikal. Kemudian, dia membetul-betulkan comforter dibadan Haikal.
            Alia melihat Aryana dan Izwan rancak berbual di balkoni bilik. Malas hendak menganggu, dia turun sendiri untuk ke dapur. Nasib baik dia nampak Mak Mah ke dapur sebelum naik tadi. Tak payah pening pening nak cari jalan ke dapur dalam rumah besar ni.

******  
         
            “Mak Mah, termenung apa tu?” soal Alia yang melihat Mak Mah duduk termenung di meja.
            “Eh Alia. Takde apalah. Saja duduk rehat kejap sambil tunggu Tan Sri dan Puan Sri balik. Lambat pulak mereka balik hari ni. Alia masuk dapur ni cari apa?”
            “Err. Haikal mintak Alia masak untuk dia. Lapar katanya.”
            “La. Macam tu ke? Takpe. Alia pergi naik atas. Biar Mak Mah je yang masakkan.”
            “Eh. Takpe takpe. Alia dah cakap kat dia nak masak. Tak boleh la suruh Mak Mah pulak. Alia mintak izin nak guna dapur dengan bahan-bahan kat sini ye Mak Mah?” soal Alia sopan.
            “Guna aje Lia. Tapi kamu nak masak apa ni?” soal MakMah.
            “Em. Saya pun tak tahu Mak Mah. Biasanya Haikal makan apa kalau dia sakit?”
            “Kalau kecik-kecik dulu, mamanya selalu buatkan bubur daging untuk dia. Tapi sejak dah besar ni, dia cuma mintak sup cendawan je. Itupun kalau dah kebulur sangat.” Cerita Mak Mah.
            “Em. Manalah kenyang sangat makan sup cendawan macam tu je Mak Mah. Saya nak buatkan bubur daginglah. Dagingnya ada ke tidak Mak Mah?”
            “Dia taknak makan bubur. Macam budak-budak katanya. Setahu Mak Mah ada. Cuba kamu tengok kat dalam peti tu. Kamu ambik aje mana-mana bahan yang kamu nak guna. Beras pulak ada kat dalam kabinet tu. Mak Mah nak masuk bilik, dah masuk Asar ni. Nanti Mak Mah datang balik.” Ujar Mak Mah.
            Tanpa melengahkan masa, Alia terus mengeluarkan daging dan di letakkan di dalam sinki. Dia mengambil periuk kaca yang bersaiz kecil dan mengisinya dengan setengah cawan beras. Dia membasuh beras sebersihnya sebelom merebusnya di atas dapur. Sambil itu dia memotong daging kecil-kecil untuk di masukkan ke dalam bubur. Dia merebus daging terlebih dahulu supaya lebih empuk. Dia mengupas sedikit halia dan memasukkannya ke dalam bubur. Air rebusan daging dituang ke dalam periuk yang berisi bubur. Kemudian dia memasukkan potongan daging di sertakan sedikit garam. Dia mengacau isi periuk itu perlahan-lahan.
            “Assalamualaikum.” Tegur satu suara. Serentak itu Alia pusing ke belakang. “Waalaikumussalam.” Jawab Alia.
            “Eh Puan Sri. Bila balik? Saya tak dengar pulak bunyi kereta.” Soal Mak Mah yang baru sahaja hendak masuk ke dapur.
            “Baru je sampainya. Haa. Ini siapa pulak?” soal Puan Sri Diana, dingin.
            “Saya Alia. Saya junior Haikal dekat universiti.” Jawab Alia takut takut.
            “Puan Sri janganlah marah. Dia kebetulan datang melawat Haikal. Ini Haikal minta dia masak, saya pun bagi aje lah.” Mak Mah cuba menerangkan hal yang sebenarnya. Dia faham kalau Puan Sri Diana terkejut kerana ada orang asing sedang menggunakan dapurnya.
            “Oh. Takpe lah macam tu. Saya naik solat dahulu lah. Nanti Mak Mah tolong hidangkan air dekat taman ye.” Pesan Puan Sri Diana.
            Alia mula cuak. Dia dapat rasakan yang Puan Sri Diana tak suka akan kehadirannya di rumah besar itu.
            “Mak Mah, saya nak tumpang solat boleh?” soalnya.
            “Lia pergi dekat bilik tamu kat depan tu. Dalam almari tu memang dah disediakan telekung. Lia gunalah. Penunjuk arah kiblat pun dah ada.” Bagitahu Mak Mah.
            “Baik Mak Mah.” Dia mengacau bubur di dalam periuk. Dah siap. Dia menutup api dapur sebelum dia keluar dari dapur untuk solat.

****** 

Di taman,
            “Mak Mah, siapa budak perempuan tadi tu? Nama dia Alia kan?” soal Puan Sri Diana ketika Mak Mah menghidangkan minuman petang, teh panas dengan pai epal.
            “Alia mana pulak ni, Di?” soal Tan Sri Haris yang sedang membaca surat khabar.
            “Katanya kawan anak teruna kita itu lah abang. Iya kan Mak Mah?”
            “Ha’ah, Puan Sri, Tan Sri. Alia tu katanya kawan Haikal dekat university tu. Izwan cakap tadi, junior dia. Saya pun tak reti sangatlah benda-benda macam ni.” Mak Mah tersengih.
            Tuan Sri Haris melipat suratkhabar yang di pegangnya dan diletakkan di atas meja. Dia mengambil cawan teh dan menyisip airnya sedikit. “tak pernah pernah kawan perempuan dia datang rumah dalam dua tahun ni. Usahkan datang, dia sendiri pun takde sebut apa-apa. Atau dia ada cerita apa-apa dekat Di?” soal Tan Sri Haris.
            “Takde la abang. Itu lah yang Di rasa pelik sekarang ni. Kalau Di tahu, Di tak tanya abang pulak.” Jawab Puan Sri Diana pulak.
            “Sebenarnya Tan Sri, Puan Sri, Alia tu memang kali pertama datang sini. Saya pun tak pernah dengar apa-apa dari Haikal pasal Alia. Tapi saya agak, mereka ada hubungan lain lah.” Kata Mak Mah.
            Sepasang suami isteri itu berpandangan antara satu sama lain. “Hubungan apa?” soal mereka serentak.
            “Hubungan antara budak muda lah, apalagi. Kalau tak, takkan Alia tu nak masak bubur daging untuk Haikal? Sampai saya nak tolong pun dia tak kasi. Katanya, dia dah janji nak masak untuk Haikal. Baik budaknya Puan Sri. Beruntung kalau dapat buat menantu.” Cerita Mak Mah.
            “Berkenan betul Mak Mah dekat budak, apa namanya. Alia?” soal Tan Sri Haris.
            “Mana tak berkenannya Tan Sri, kalau dah sopan, baik, manis, lawa, cekap dekat dapur. Dah pakej menantu terbaik dah tu.”
            “Mana budaknya? Saya jadi teringin sangat nak jumpa dengan dia.”
            “Ada dekat atas, dia hantar bubur naik ke atas tadi.” Jawab Mak Mah ringkas.
            “Mak Mah, alang-alang dia ada dekat sini, ajak dia makan malam sekali lah. Mak Mah tolong masak banyak sikit ye.”  Pesan PuanSri Diana.
            “Elok sangatlah tu. Boleh lah saya berjumpa dengan Alia ni.”
            “Puan Sri okey kalau saya masak tomyam, ikan sweet sour dengan sayur goreng? Atau Puan Sri nak saya masak benda lain?”
            “Okey dah tu, masakan kegemaran Haikal.” Mak Mah hanya tersengih. Seketika, dia meminta diri untuk masuk ke dapur.

Bersambung~

#finally updated.sorry lmbt. Jgn lupa komen J