0
Komen

sinopsis :)

Alia Natasya. Seorang gadis biasa yang hanya inginkan kejayaan dalam hidup. Baginya, pelajaran adalah satu-satunya perkara yang utama memandangkan dia merupakan anak harapan dalam keluarganya. Berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, dia melangkah ke menara gading dengan harapan dapat mencapai cita-citanya.

Alia ~ saya datang untuk mencari ilmu,bukan cinta…

Haikal ~ tapi tak salah kalau belajar sambil bercinta. Saya janji saya takkan ganggu pelajaran awak..

            Apakan daya, lumrah kehidupan di universiti, pintu hati Alia telah diketuk oleh Eyman Haikal iaitu seorang playboy terkenal di universiti. Sememangnya dia sangat lurus mengenai subjek cinta. Disebabkan itulah dia tidak mempedulikan nasihat teman baiknya,Aryana yang melarang dia bertemanan dengan Haikal. Namun, apakan daya kasihnya sudah tersimpul kemas buat lelaki itu. Tetapi akhirnya dia kecewa apabila mengetahui kebenaran mengenai Haikal.

            Haikal ~ Alia, I’m sorry. Please forgive me, sayang.

            Alia ~ Aku takkan maafkan kau, Eyman Haikal!

            Beberapa tahun kemudian, dia muncul kembali ke dalam kehidupan Haikal tetapi bukan lagi sebagai Alia. Dia telah hadir dengan penampilan dan identiti baharu. Niatnya cuma satu, untuk membalas dendam.Namun, lantaran tidak sanggup melihat kerenah Alia yang melampau, Aryana telah membongkarkan penipuan temannya itu kepada Haikal.

            Apakah Haikal mampu untuk menerima segala penipuan Alia sedangkan hatinya betul-betul menyayangi wanita itu? Siapakah Danish dan Daniella yang kemudiannya hadir lantas merumitkan keadaan yang sedia ada? Dan adakah simpulan kasih antara Alia dan Haikal akan terlerai jua akhirnya?

No comments: