“Ary, kau okay tak ni?” soal Alia.
Pelik dia melihat gelagat Aryana sejak pulang lepas maghrib tadi.
“Okay.” Jawabnya sepatah.
Alia melangkah ke katil Aryana. Dia
duduk berhadapan Aryana yang sedang bersandar di kepala katil.
“Ary, kau kenapa? Faizul dah buat
apa sampai kau diam je ni. Cuba bagitahu aku.” Aryana diam.
“Ary, aku mintak maaf kalau kau rasa
aku memaksa kau tapi aku sebagai kawan kau, aku risau tengok kau macam ni.
Kalau ada apa-apa, kau boleh ceritakan kat aku bila-bila masa je yang kau nak.”
Alia menepuk-nepuk perlahan kaki Aryana.
“Liaaaaa.” Serta merta dia terus
memeluk Alia. Teresak-esak dia menangis dibahu Alia. Habis basah baju Alia
dengan air mata Aryana.
Alia membiarkan sahaja tangisan
Aryana. Hampir 15minit Aryana menangis. Hingga kering airmatanya. Alia mencapai
kotak tisu di atas meja dan menghulurkannya kepada Ary.
“Thanks Lia.” Aryana mengesat
airmatanya. Sudah lama dia tidak menangis seteruk itu. Nasib baik Alia ada
untuk meminjamkan bahunya. Kalau tidak, entah macam manalah dia tadi.
“My pleasure. So sekarang, tak nak
cerita apa yang jadi?” soal Alia berhati-hati.
Aryana menarik nafas sedalam yang
mungkin. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk bercerita.
“Kau tahukan, hubungan aku dengan
Faizul tu macam mana. Hari tu, aku dah bagitahu kat dia yang aku tak nak
teruskan hubungan kitorang. Aku tak tahan sebab dia asyik berkasar dengan aku.
Kalau kau nak tahu, dia pernah tampar aku dua kali. Turutkan perasaan sayang,
aku cuba bertahan. Aku kuatkan diri aku. Aku tak menangis. Tapi bila aku dah
nekad nak pergi dari hidup dia, dia taknak lepaskan aku. Dia tuduh aku curang
sebab dia pernah nampak aku dengan Izwan masa kita keluar berempat malam tu.
Aku betul sayang dia tapi dia tak pernah nak percaya. Tadi masa aku jumpa dia,
aku hilang sabar betul bila dia cakap aku tak pernah puas dengan sorang jantan.
Terus aku panggil dia gila talak. Masa tu, aku dalam kereta dia. Kitorang kat
tepi pantai. Dia marah sangat-sangat hinggakan dia..” Aryana berjeda seketika.
Alia mengangkat keningnya sebagai
tanda supaya Aryana meneruskan ceritanya.
“Dia cuba rogol aku.” Alia menutup
mulut kerana terkejut. “Tapi disebabkan kitorang ada dalam kereta, pergerakan
dia agak terbatas. Aku sempat tumbuk muka dia dan masa tu lah aku blah dari situ.
Aku tak sangka dia punya tahap gila seteruk tu. Tapi aku tak sanggup pulak nak
laporkan dekat polis pasal ni.” Aryana menamatkan ceritanya.
“Habis, kau okay lah ni?” soal Alia
lagi.
“Aku okay. Aku kan brutal. Tak
mainlah nak menangis tujuh hari tujuh malam sebab lelaki tak guna macam tu. And
the most important part is, thanks to Izwan sebab nasihat dialah, aku dapat
keyakinan untuk buat keputusan macam ni.” Aryana tersengih.
“Kau suka Izwan eh?”
“Suka lah jugak. Dia baik tapi buat
masa ni aku anggap dia sebagai kawan aku lah. Aku nak lupakan Faizul dulu buat
masa ni.” Jawabnya.
“Takpelah. Mana-manalah asalkan kau
bahagia. Aku sebagai kawan kau hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kau.
Dah, jom tidur.”
“Jom!” jerit Aryana kuat.
******
Keesokan petang Alia meminta Aryana
menemaninya keluar bersama Haikal. Serik dibuatnya untuk keluar berdua dengan
Haikal. Haikal mengajak mereka berdua pergi minum petang di Secret Recipe. Baru
sahaja melabuhkan punggung, tiba-tiba Izwan muncul. Sememangnya Haikal yang
memberitahu tentang keberadaan mereka di situ.
Alia memilih kek white chocolate
macadamia manakala Haikal memilih black forest cheese cake untuk dijamu. Aryana
pula lebih berminat untuk mengikut Izwan pusing-pusing di sekitar mall itu.
Tinggallah mereka berdua disitu.
Kesempatan itu diambil Haikal untuk
meluahkan perasaannya terhadap Alia.
“Lia, sudi tak Lia jadi girlfriend
Carl? Carl betul sayangkan Lia. Kalau Lia sudi, Carl harap kita serius.” Entah
apa ayat yang dituturkannya Haikal sendiri tak sedar. Yang dia tahu, dia ingin
suarakan hasrat hatinya kepada Alia.
Alia terdiam tanpa kata. Dia tidak
sangka Haikal akan meluahkan perasaannya seperti itu. Memang hatinya sudah
terpaut tetapi..
“Emm. Lia takde jawapan untuk itu
Carl. Maaf.”
“Lia, itu bukan jawapan yang saya
nak dengar.” Tegas Haikal.
“Yang awak macam memaksa ni kenapa?
Saya dah cakap saya takde jawapan untuk soalan awak tu.” Ujar Alia.
“Saya bukan paksa awak Lia. Tapi
hati saya akan terima antara dua sahaja jawapan dari awak. Sama ada awak terima
saya atau tak. Itu aje.” Haikal mengeluh.
“Kalau macam tu, jawapan saya tidak!
Saya tak boleh terima awak.” Alia menunduk.
“Tapi kenapa Alia? Dari reaksi awak
sepanjang kita berkawan, saya boleh rasa chemistry antara kita. Saya yang
tersilap atau awak yang menipu?” soal Haikal berhati-hati.
“Carl, awak kena faham. Saya datang
sini untuk cari ilmu, bukan cinta. Apa yang jadi antara kita ni tak sepatutnya
terjadi. You know what I meant, right?” Alia mencapai beg untuk berlalu tanpa
menunggu jawapan daripada Haikal.
Haikal meletakkan dua keping not
merah dan tergesa-gesa keluar untuk mengejar Alia. Dia terus berlari ke arah
Alia sebaik sahaja melihat kelibat Alia.
“Alia!!” dia merentap tangan Alia
untuk mengelakkan Alia terus melarikan diri daripadanya. Tersentap Alia apabila
tangannya ditarik ke belakang.
“Jangan buat saya macam ni Lia. Saya
sayangkan awak.”
“Lepaslah. Awak tak faham ke bila
saya cakap saya tak nak?” Alia cuba sedaya upaya untuk merungkaikan pegangan
Haikal.
“Lia, saya tahu awak tak pernah
terbayang perkara macam ni akan jadi dekat awak. Tapi tak salahkan kalau
bercinta ketika belajar? Saya janji saya takkan ganggu pelajaran awak.”
Alia memandang Haikal dengan
perasaan sayu. Dia takut untuk bercinta sebenarnya. “Nantilah saya fikirkan
dulu.”
Haikal tersenyum. “Come, let me take
you home.” Alia mengangguk dan berjalan seiring dengan Haikal.
*****
“Ary, kau rasa takpe ke kalau
bercinta sambil belajar? Kau macam mana dulu? Ada effect dekat study tak?” soal
Alia suatu malam.
“Dah kenapa tanya macam tu
tiba-tiba? Haikal ajak kau couple ke?” tebak Aryana.
“Eh. Mana kau tahu?” Alia terkejut.
“Eh. Betul ke? Aku teka je. Ermmmm.
Bagi aku, takpe kalau nak bercinta sambil belajar. Tapi, kenalah pandai balance
kan antara cita-cita dan cinta. Niat utama nak study, so apa-apa pun, kau letak
kan study sebagai keutamaan kau. Dan perkara keduanya, kau kenalah pandai jaga
perasaan kau. Jangan terlalu sayangkan seseorang sebab kalau dah terluka nanti,
parah akibatnya.” ujar Aryana panjang lebar.
“Ohhh.” Alia menganggukkan kepala.
#p/s: sorry lambat update.
So how, patut ke tak alia terima
haikal?