1
Komen

bab 9 :)

             “Err. Takpe ke kalau saya pergi jenguk dia?” soal Alia ragu-ragu.
            “Ehh. Takpe lah. Takde siapa nak marah pun.” Yakin Izwan sungguh-sungguh. “Lagipun, dia mesti happy bila dapat jumpa awak.” Sambung Izwan lagi. Alia tersipu-sipu.
            “Haa. Kalau macam tu, jom kita pergi. Untung-untung dapat makan free dekat rumah dia.” Bisik Aryana perlahan. Alia menjegilkan matanya. ‘makan je yang di ingatnya’. Dia menggelengkan kepalanya tanpa sedar.
            “Kenapa? Tak nak pergi?” soal Izwan apabila melihat Alia menggelengkan kepalanya.
            “Hah? Erh. Nak. Nak pergi. Tak cakap pun tak nak tadi.”
            “Amboii. Laju je kau erh.” Aryana mengusik. Alia mendiamkan diri. Malas untuk melawan. Nanti akhirnya dia jugak yang kalah. Baik diamkan diri dari awal. Senang!
            Izwan melihat jam di tangannya. Lagi 5 minit sebelum pukul 3. “kalau macam tu, sy jumpa korang lagi setengah jam ke. Boleh? Korang ada kelas lagi tak lepas ni?” soal nya.
            “Setengah jam lagi? Boleh boleh. Kelas kami untuk hari ni dah habis.” Aryana menjawab sopan.
            “Oraitt. Jumpa lagi setengah jam dekat tempat parking okay? Saya nak pergi hantar assignment dekat lecturer  kejap.” Aryana hanya menganggukkan kepalanya.
            Izwan berlalu sambil melambai-lambai tangannya. “Comelnya Izwan bila dia buat muka macam tu kan?” soal Aryana.
            “Soalan macam apa je. Dah jatuh hati dekat Izwan ke?”
            “Aku tak cakap pun macam tu. Kau nih!” dia menjuihkan mulutnya.
            Alia tersengih. “Mana la tau kan. Kot-kot kau lupa dekat abang Faizul kau tu.”
            “Hish. Tak yah la cakap pasal dia. Karang aku telan kau baru tau.” Aryana dah tayang muka serius.
            “Okay okay sorry.” Alia mula rasa bersalah. Dia tahu ada something yang tak kena antara Faizul dan Aryana. Tapi di sebabkan Aryana sendiri yang tak nak bercerita, dia takde hak untuk memaksa.
            “Hehe. Takpe. Jom pergi beli air coklat tu. Best pulak aku nampak dari jauh.” Aryana mengajak.
            Selepas membeli air coklat, Aryana mencadangkan supaya mereka terus pergi ke tempat parkir untuk mengelakkan Izwan tertunggu-tunggu mereka. Alia hanya mengiyakan sahaja. Hatinya mula gelisah. Dia sebenarnya takut untuk berjumpa dengan Haikal. Tapi untuk menolak ajakan Izwan awal tadi, dia tidak sampai hati kerana memikirkan kesihatan lelaki itu. ‘arghh. Runsinglah macam ni.’ Dia mengeluh dalam diam.
            “Kau kenapa?” alia mengangkat wajah apabila disoal.
            “Takde apa lah. Ehh. Tu Izwan dah datang.” Dia menunjukkan tangannya ke arah belakang Aryana. Aryana terus melambai-lambai kepada Izwan yang seperti tak nampak keberadaan mereka. Izwan terus berjalan laju ke arah Aryana.
            “Sorry, dah lama tunggu?” Izwan menujukan soalan sambil memandang tepat pada mata Aryana.
            “takde lah. Kami yang datang awal agaknya.” Aryana tersipu-sipu. Alia yang melihat gelagat mereka hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak mencelah apa dan di mana.
            “Eh, mari lah kita gerak sekarang.” Aryana berjalan beriringan dengan Izwan manakala Alia pulak mengikut dari belakang.
            Di dalam kereta, mulut Aryana tak henti henti bercerita. Izwan pula rajin melayan cerita dari Aryana. Jadi bingit suasana dalam kereta di buatnya.
            “Alia kenapa? Diam je dari tadi?” soal Izwan yang pelik dengan sikap Alia.
            “Takde apalah. Okay je. Tapi tak reti nak mencelah bila Ary dah mula bukak mulut.”
            “Weh, kurang ajar gila ayat kau Lia. Takpa takpa. Aku ingat sampai tahun depan.” Izwan yang mendengar pelik. ‘Tak paham aku dengan cara perempuan bergurau’ dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

****** 
            “Eh, Izwan. Takpe ke kami datang tak bagitahu ni? Kot kot lah mak ayah dia tak kasi ke, apa ke.” Soal Alia yang teragak-agak untuk masuk ke bangle besar yang tersergam indah itu.
            “Eh, ada dia tanya macam tu. Apa kejadahnya parent dia nak halang kawan-kawan anak datang rumah. Lagipon saya dah bagitahu dekat Haikal sebelum datang sini tadi.”
            ‘Gurpp!’ kecut perut Alia. Dia takut kalau kalau Haikal marahkan dia. Walau macam mana pun, dia tidak sengaja dan tindakan menampar Haikal adalah spontan dan diluar kawalannya.

******   
Di dalam rumah….
            “Mak Mah, uncle dengan auntie takde ke?” soal Izwan apabila mereka dipersilakan masuk oleh wanita tua yang kelihatan mungkin dah berumur separuh abad, mungkin.
            Wanita yang digelar Mak Mah itu menggelengkan kepala. “Diorang kan sibuk. Takkan kamu tak faham lagi Wan oi. Tapi Carl ada kat atas tu. Berselubung je satu hari ni. Makan tak nak, minum tak nak. Dah macam budak-budak gayanya. Tak faham Mak Mah.”
            Alia dan Aryana yang mendengar hanya tersenyum. Masing-masing punya fikiran yang sama. Tak sangka perangai Haikal macam budak-budak.
            “Haa. Wan, ni anak dara siapa pulak kamu bawak ke mari ni?” soal Mak Mah.
            “Mak Mah. Kenalkan, yang ini Alia, dan yang ini pulak Aryana. Mereka ni junior saya dengan Carl dekat universiti. Lia, Ary, ini Mak Mah. Dia ni pengasuh Carl sejak Carl lahir sampai la sekarang.” Izwan memperkenalkan satu persatu.
            “Mereka datang ni sebab nak jenguk Carl. Yelah, Carl kan demam.” Sambung Izwan lagi.
            “Oh. Carl ada kat dalam bilik. Wan tolong bawakan mereka ye? Mak Mah nak buat air kejap kat dapur.”
            “Mak Mah, tak perlu lah susah susah. Kami kejap aje ni.” Ucap Alia penuh sopan santun.
            “Takpe Lia. Kejap ke, lama ke, memang adat tetamu datang kita kena hidang paling kurang pun, air. Pergilah jenguk Carl dulu. Nanti Mak Mah naik.” Ujar Mak Mah lalu berlalu ke dapur yang terletak di belakang.
            Terpegun Alia melihat bangle mewah tersebut. Walaupun tak sebesar rumah orang kaya lain, tapi bagi Alia, rumah ini seperti ada sentimental tersendiri. Rekabentuknya yang unik dan terancang. ‘Ah, dah namanya orang kaya. Semua pun boleh buat.’ Bisik hati kecilnya.
            Tanpa Alia sedar, dia sudah sampai ke anak tangga teratas. Cuma beberapa langkah sebelum sampai ke bilik Haikal. ‘Aku nak cakap apa kat dia ni? Cakap sorry, terus blah ke? Atau nak duduk situ dengar dia membebel macam dekat tasik hari tu. Tapi malulah sebab Aryana dengan Izwan ada. Alaa!’ Alia sudah resah sendiri.
            Izwan menguak pintu bilik Haikal yang terletak paling hujung di sebelah kanan. Izwan mempersilakan Alia  masuk dahulu. Alia melangkah masuk dan melihat Haikal masih berselubung dalam comforter tebal di atas katilnya.
            ‘Hmm. Bilik ada air-conditioner, memang boleh lah nak berselubung bagai.’ Dia menggelengkan kepalanya dua kali. Nampaknya Haikal langsung tidak sedar akan kehadiran mereka bertiga.
            “Carl, bangun lah. Ni Alia dah sampai ni. Tak nak jumpa ke?” soal Izwan sambil menggoyangkan badan Haikal.
            Dengar je nama Alia, Haikal terus membuka matanya. Dia mencari-cari wajah ayu yang disebut Izwan. Dia memandang tajam ke arah Alia. Alia hanya menundukkan wajah kerana perasan dirinya dipandang.
            “Oh, masih berselubung lagi anak Dato’ nih. Ish ish ish.” Aryana menggelengkan kepalanya. Niat di hati cuma untuk mengusik.
            “Apa anak Dato’? Anak Tan Sri okay!” Haikal membuat muka riaknya. Dia bangun dan menyandar di kepala katil.
            “Eh, demam demam pun poyo jugak Carl nih.” Haikal tersengih mendengar komen Aryana.
            “Em, Carl sihat? Izwan cakap demam Carl teruk?” soal Alia.
            Belum sempat Haikal nak menjawab,Mak Mah terlebih dahulu masuk ke bilik menatang dulang air dan sepiring pai epal. “Mana tak teruknya Alia. Dah la demam, ubat malas nak makan. Mak Mah buatkan bubur pun tak nak makan. Tak selera, tak sedap katanya.” Bebel Mak Mah.
            “Mak MahHH! Janganlah bagitahu dekat diorang. Malulah Carl macam ni.” Haikal sudah membuat muka. Alia, Aryana dan Izwan tergelak. Terserlah kemanjaan Haikal dengan pengasuhnya itu.    
            “Jemputlah minum. Ni kebetulan Mak Mah ada buat pai epal untuk minum petang ni. Haikal suka sangat dengan pai epal ni.” Ujar Mak Mah. Dia meletakkan dulang yang dibawa ke atas meja kopi yang ada di sudut bilik Haikal.
            “Terima kasih Mak Mah. Susahkan Mak Mah pulak.” Jawab Alia yang mula segan dengan layanan baik Mak Mah.
            “Takde susahnya Alia. Dah memang kerja Mak Mah layan tetamu ni. Minumlah dulu ye. Mak Mah nak pergi kemas dapur sekejap kat bawah tu.” Mak Mah terus berlalu.
            Izwan mengambil dua gelas air oren dan di berikan satu kepada Aryana. Izwan mengajak Aryana duduk di koridor kerana ingin memberi ruang untuk Haikal dan Alia berbicara. Dia tahu ada yang tak kena pada mereka berdua, tapi dia tak tahu secara pasti. Hendak ditanyakan pada Aryana, rasanya Aryana pun tak tahu. Jadi, memberi ruang kepada mereka berdua adalah cara terbaik untuk menolong.
            Alia lega melihat Izwan dan Aryana berada sedikit jauh dari mereka. Sekurang-kurangnya dia punya kekuatan untuk menerima amarah Haikal nanti.
            “Err. Carl. Err. Lia, Lia min. Erm. Lia minta maaf pa pasal kejadian hari tu.” Ujarnya tergagap-gagap.



Bersambung~
p/s: Sory lambat update! haa. Haikal marah ke tak marah? Nak tahu? tunggu!!!! J